Sunday, 1 December 2013

It's me after 16 days and i love it ;-)

Waalaikummusalam 

Lumrah menjadi pelajar, tak semua benda kita boleh buat dalam satu-satu masa. 5 hari kuliah, 2 hari cuti serasa tak cukup sebenarnya utk kejar semua benda. 2 hari ngam-ngam utk membongkang jee

Idea? Banyak. Mencurah-curah idea tapi sayang, hanya mampu draft secalit dua atas kertas yg entah terbang kemana akhirnya. Menyesal? Tidak. Cuma, serasa telah t'pesong dari niat asal utk jadi penulis diari alam maya. Pasrah?  Tidak. Pasrah tdk melambangkan kekalahan dan menyerah, hanya berhenti sejenak utk merenung segalanya. #Muhasabah diri

Hujung minggu, hari semata-mata diri sendiri. Lari dari semua tutorial. Lari dari semua lecture. Lari dari dari semua bayangan dan kenangan silam. Lari dari hiruk piruk peraturan pelajar. Lari dari segala masalah. #Lumrah pelajar


 Waktu kita jadi student laah kita nak explore tempat orang. Pergi laah", Pn Zaini Jib
#Tanjung Tualang#Suasana pagi yg damai :-]
2 hari di Air Papan,Tanjung Tualang,Perak terasa tenang jiwa, serasa tenteram gelisah hati, berasa syukur pada keindahan warga kampung, Alhamdunillah pada nikmat duniawi ini Ya Allah :-)

Sebenarnya, menumpang balik kampung schoolmate,Syara. Last pergi, 2 bulan lepas rasanya, itu pun sehari jee. Dah lama tak merasai nikmat sebenar hidup di kampung. Biasalah, makin membangun kawasan, makin tengelam warisan budaya Melayu. Alhamdulillah, disini masih t'pelihara warisannya 

Bangun pagi, belum apa-apa dah hujan. Pagi-pagi Opah buatkan sarapan nasik goreng udang digadingkan b'sama teh tarik. Sedapnyaa sampai t'kenyang perot. Dengan udang yg banyak, pergh, nikmat, Haha. Bila perot kenyang, hujan pulak, terasa segan pulak nak mandi, Hehe


#Ikan talapia masak tompoyak. #Ikan talapia goreng. #Gulai udang
Tengahari makan masakkan kampung yg original dari Opah and Atok. Kata Opah, orang pompuan kalau tak boleh masak payah. Kata Atok, sampai bila nak makan kedai. Tersedar diri, wany bukannya pandai masak sangat. Sekadar tahu masak masakkan yg favourite famili
 Kalau ringan tulang, Insyallah perut berat. Kalau berat tulang, nescaya perut ringan", Atok

#Pokok Rambutan
Sedia maklum, buah rambutan is one of my favourite local fruit. Kulitnya yang merah,kuning. Isinya yang manis dan berair. My type, mesti warna merah,manis and keras-keras sikit. Mula-mula sampai, kteorg dihidangkan dengan pokok-pokok rambutan yg sdg lebat membuah, telan air liur jee lah waktu tuu
#Dancing girl
Salah satu tanaman bunga Opah and Atok which is my favourite. Seakan gadis dengan gaun kembang depakan tangan seolah-olah sedang menari. Ditambah pulak dengan kejelasan camera 360 Xperia Miro,Haha. 
#Lovely schoolmates, Mardhiana Filza and 'Atiqah Syarafina
Misi mengutip rambutan dilancarkan. Sambil ngutip,sambil makan haruslah ambek gambar sekeping dua buat kenangan. Dah lama tak merasa nikmat b'kampung dengan kawan-kawan. Kalau lah ada Sheiffa and Iqa, its must be more fun. Tapi, tetap enjoy ngutip buah. 
Buktinya, lepas je makan malam, terus membongkang, haha 
#Morning. Nasik lemak kerang
Bangun awal semata-mata utk update bloggie yg telah lama t'sadai tanpa penulisan alam maya yg t'kini. Dalam sibuk dok tranfer gambar, edit, whatsapp, fb, Atok belikan sarapan. Nasi lemak sambal kerang. First time rasa and i love it  
Sambil sarapan tuu, rajin jugak Atok ceritakan tntg zaman sebelum kelahiran remaja generasi 20an nie. Katanya, dulu pendidikan agama disekat sebab kita dibawah jajahan. Tapi sekarang dah tak ada alasan utk tak belajar agama sebab sekarang Malaysia salah sebuah negara Islam, Alhamdulillah
Dan, katanya, zaman dulu susah. B'jalan kaki ayam utk tuntut ilmu duniawi, Radio and piring hitam, siapa ada paling top dalam kampung, Haha. Zaman dulu susah tapi banyak kenangan yang hargai tak dapat dinilaikan dengan digit yg b'ganda kosong
Muhasabah diri, negara sekarang sangat maju tapi keruntuhan akhlak seakan seiring merosak anak bangsa. Betul kata orang, kesusahan boleh mengajar erti syukur, menghargai, menjaga dan memelihara.
Kampung sangat menenangkan 
#Nur Syazwani Bt Mohd Naziar. Hantu rambutan. Gadis kampung and I love it 

Monday, 16 September 2013

Sekeping Mememori dan Sejambak Kenangan :]

Waalaikummusalam 

Makin lama jadi student KMPk nie, makin diam jugaklah bloggie nie. Kesian pulak. Well. Nak cakap masa tak cukup, berlambak je rasanya. Nak cakap idea tak de, b'gelempangan jugak mencurah-curah. Mungkin hanya malas. Yaa, malas adalah jawapan kepada semua misteri

Weekend dimanfaatkan berlalu namun bersama. Hari Sabtu sama-sama outing. Hari Ahad beriadah b'jemaah keliling KMPk. Hari Isnin, Hari Malaysia, Hari siapkan semua roomwork. Happy Malaysian Day, malaysian :)


ENTRY PANJANG. GAMBAR BANYAK. 


Sabtu [140913], berdua dengan Mar, outing ke Aeon JJ. Niat awal-awal dalam hati nak beli KEPERLUAN sahaja tapi hampir RM100+ dileburkan utk KEHENDAK hati. Kuasa Allah, kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan #ayat penyedap hati, HAHA 
#Muka excited tunggu JJ bukak pukul 10,haha
Perkara pertama yang dicarik dalam JJ, tempat melantak senyapkan konsert rock kapak dalam stomach. Pagi-pagi dah mencekik KFC HotBox. Disebabkan masih awal pagi, KFC di kongker mostly students KMPk. Pusing sini,  "Ehh macam kenal", pusing sana, "Ehh, bukan JPP ke?", pusing depan "Ehh bukan Mardhiana Filza Bt Mayuddin?"
#Meet, Mardhiana Filza 
Konsert dah tamat maka window shopping pon bermula. Sebelum shopping, kuarkan elaun RM100 dulu, buat bekal. Kedai comel,masuk. Kedai baju,tengok. Kedai mahal,pandang. Lama jugak lah permainan ini dimainkan
Maka, setelah 2 jam permainan ini dimainkan, kteorg buat keputusan utk shopping barang KEPERLUAN dalam Aeon JJ. Siap buat list barang wkt majlis 3 in 1 semalam. Nampak kesungguhan utk b'jimat cermat disitu?
#Sebelum [List Kehendak]
#Selepas [Keperluan melebihi had elaun]
Dah habis shopping, mulalah balik window shopping. Pusing-pusing tengok benda-benda comel. Pastu jumpa Dayah and Yana dekat Chatime. Mula-mula, kekonon tak nak minum Chatime sebab pernah t'minum yg tak sedap. Pastu, t'goda tengok Yana shrupshrup macam sedap. Maka, t'belilah satu Grape Smootie,RM5.90 ;)
#Muka kekonon tak tergoda 
#Muka excited nak sedut menyedut, Haha 
On the way balik, wany dah membongkak kepenatan dalam bas. Rasanya semua orang alami benda nie. Rehat dalam 10minit, pastu terus kemas barang keperluan dan kehendak td. Rasa puas sebab dah tunaikan hajat selama nie. So settle dah barang kehendak selama ni
As conclusion, lepas kemas barang, wany kemas bilik and loker pulak. Lepas siap semua, mandi, gayut dengan Ummi,Abah and Whatsapp Afnan kejab. Then, 3 cawan nescafe O, bermanja dengan katil dan seterusnya membongkang dengan jayanya sampai ke pagi 

Ahad [150913], bangun awal-awal sebab dah puasang membongkang. Pagi, lain sikit sebab t'pelik dengan diri sendiri yang bangun awal-awal utk berus baju. Pastu, sarapan and menghadap laptop dalam 3-4 jam. Muak tengok laptop, pasang lagu p mandi. Bosan bosan bosan sampai t'tdo. Bangun excited nak p riadah dengan roommates,yeaaaaa 
#Seri Teja. T.04. B.08 
#Hard Time Will Always Reveal True Friends 
Hampir 4 bulan, kteorg berempat hadapi semua rintangan pahit hempedu, kelat salak putik, manis madu tualang akhirnya baru semalam boleh buat LOVE, even love tak berapa nak membentuk. Alaah, asal ada rupa cukup 
#The Guardians of Wanynaziar =]
#Inaz 
#Mar
#Yana
#Dayah
#Friendship is like a book. It's takes years to make. But seconds to burn. Protect your friendship

Isnin, [160913],  struggle siapkan Joetor book Chemistry and Biology, fill in the blank note Biology, kemaskan nota Computer Science, jeling-jeling buku Maths yg tak pernah rasa nak buat, Haha
#Niat dihati nak re-place correction tape, tapi dia patah la pulak. Saja jee letak gambar sampah, baru nampak kegigihan student PDT buat kerja :P
#Alhamdulillah, semua kerja dah settle
Maka, tamatlah sudah kisah wany di hujung minggu. So far, entry ni mengambil masa kira-kira 5-6jam untuk disiapkan. Itu pon lepas tolak tambah campur bahagi masa transfer gambar, edit gambar, facebook, whatsapp, wechat, hehe

Insyallah, lepas nie nak struggle utk PSPM 1. Lupakan result UPS 1. Kembali kepada tujuan asal melarikan diri ke Perak. Kembali kepada tujuan utama datang KMPk. Kembali kepada zaman struggle SPM. Mudah-mudahan jalan Wany kearah 4Flat dipermudahkan. Amin 

Sekian, terima kasih 

Sunday, 15 September 2013

Happy Weekend from Gopeng,Perak :]

Waalaikummusalam 
#Nur Syazwani Bt Mohd Naziar :]
  Sometimes, it's not the person you miss but the memories and feelings you had with them 

Tuesday, 20 August 2013

It's almost into 4 weeks :)

Waalaikummusalam 
Tahun Pertama beraya sebagai Pelajar KMPk.  Tahun Kedua beraya di Kerteh,T'ganu. Tahun keLapanBelas beraya sebagai anak Ummi,Abah. Tahun keLapanBelas beraya sebagai Umat Islam ;)
Alhamdulillah, wany masih diberi kesempatan dan peluang utk menyambut Hari Lebaran dengan famili t'cinta. Tema raya edisi 1434 ialah pinky-maroon. Boleh laa feeling comel,muda,sopan,mentah tapi b'getah untuk sepuluhjam, hehe

Malam raya kebiasanya orang sibuk mengemas rumah, b'tukang bagai tapi wany sibuk dok buat part time dekat tempat kerja lama. Saja nak lepas gian bau Ron95,Ron97 and Diesel. Sogok famili dgn Tropicana Twister Juicy Burst dulu sebelum masuk membongkang, haha

Masih t'ngia-ngia di cuping telinga nie, Ummi,Abah buat sesi kejut mengejut histeria suruh bangun sembayang Subuh. Usai Subuh, me slowly buat kerja rumah. Lumrah, raya tak raya, kerja rumah jangan diabaikan
# Muhammad Zaim Nafiz & Mohd Safwan Fathi ;)
# Nur Syazwani, Zafirah NurAina & Nur Syazana ;)
Pagi-pagi of couse la sesi makan-makan and b'gambar. Disebabkan camera t'kejut histeria tahap badak, semua setting dah lari maka kami adik beradik t'paksa b'jemaah b'gilir ambek gambar. Maka, t'hasil lah gambar yg tak lengkap. Tapi, Alhamdulillah kami lengkap antara satu sama lain :]
Wany nak ucapkan Selamat Hari RayaAidilFitri. Semoga kita bertemu lagi bulan Ramadhan yg mulia dan Selamat berkunjung bulan Syawal yg dinanti :)

Friday, 12 July 2013

Happy 1st monthsary sayangsss :)

Waalaikummusalam 

Dulu-dulu, kredit fone guna semata-mata utk mesej JEE. Tapi sekarang, laju jee jari jemari konkrit nie dail nombor fone Abah,Ummi and sis,Syaz. Wajib sembang borak kosong aku memang b'gitu 10minit setiap sorang. Rindu tahap kronik bukan? Lantak, asal puas jiwa raga rindu jimba

Dulu-dulu, ikot kepala angin wany jee. Bila rasa nak mengamuk, marah je sesape sesuka hati. Sape guna barang i, free-free je dapat amarah.  Dulu-dulu, kalau ada masalah apa semua nak citer dengan Syaz jee. Because she my only sister plus, she had,was through somethings that i can't ever imagine that i would be strong as her. Tapi,bila dah rasa berat sesangat baru laa wany citer dekat Ummi,Abah

Malangnya, parents and famili tak dibenarkan dibawak ke sini. Damn. Sedih wooo bila menangis sesorang tanpa ada Syaz yang setia bagi semangat, tak de Abang yg setia ditepi usap2 badan, tak de Baby yg tolong sapukan air mata, tak de Imim yang cakap, "Angah jangan la nangis". 

Ya Allah, rindunya aku pada mereka 

Percayalah, peracangan Allah lebih t'perinci. Dia tak pernahkan tinggalkan kita sendirian. Saat dia pisahkan kita dengan orang kita cintai, dia berikan orang utk kita belajar mencintainya. And yeah, my lovely parents digantikan dengan mereka yg b'gelar, "Roommates" *Hye roommates yg khusyuk baca*lambai-lambai tangan ala Miss Wolrd :P
Pertama# Roommates Seri Teja T.4 B.8
Dalam satu bilik, minimum dan maksimum 4 orang. Bangunan Seri Teja katanya bangunan baru. Dekat sesangat dengan ladang kelapa sawit. Dekat jugak dengan Gunung Kinabalu and Banjaran Titiwangsa. Sedap laa jugak pepetang feeling melayan belaian kalbu,hehe
Kedua# NoorHidayah Bt Ahmad Nasaruddin
Wany merasmikan bilik dulu, lepas tuu si Uda nie. Nama manja, Dayah. Katil kami b'tentang. Bila bangun, muka dia lah wany nampak dulu. Meja study pon sebelah-sebelah. Tapi. Bila dia dah start study, wany t'paksa b'manja-manja kat katil, haha. 

Mohon semua jangan t'tipu dengan muka ala-ala matured and comel dia. Dayah umpama diri wany yang dulu :) Happening, giler-giler, kecoh. Pernah imamkan solat kteorg para roommates. Dlm loker dia paling banyak makanan,serious.

Dayah, dalam cerianya, dalam gilanya, dalam bisingnya, dia pandai menyimpan segala amanah,segala rahsia,segala masalah. Dia jd tempat rujukan baik dari segi agama mahupun pelajaran

Ketiga# Tengku Asyiqin Liyana Bt Tengku Muleeadi
Dengan dia lah wany kantoi nangis hari pertama dekat KMPk,hehe. Hakikat, dia anak sulung dalam famili tapi disini, secara teknikalnya dia lah Usu dalam famili baru wany. Yana nama manjanya. Tapi boleh panggil Asyiqin jugak
Orangnya simple saja. Caring, prihatin.Sweet plus manja. Sudah jadi milik orang,haha. Selalu dengar Wany buat luahan perasan
Ouh, actually Wany dengan Yana datang dari negeri dan daerah yang sama. Kami orang "Mamang", Maka, walau kami Ganu Celop tapi selalu la kami awok-awok Ganu kecek Ganu. Tapi, sebut nama tempat kat Kerteh, Yana mesti fail. Haha

" Wany nak bangun tak? "
" Tak nak. "
" Ok "
Keempat# Noor Syafinaz Binti Hairuddin 
Dalam 3orang roommates, wany rapat dengan Inaz. Selalu mengade-ngade mengadu itu ini. Quiz pon dia jugak lah tukang bg jawapan,hehe. Dengan inaz nie segalanya mudah, cepat, pantas dan ringkas. Tak de belok-belok, kona-kona bagai

Mohon semua yg bayangkan, dia someone yg selalu buat muka Emo yg duapuluhempatjam pandang jam jee. Tapi, sila bayangkan, dia someone yang cepat beno gelabahnya yg selalu tambah "-nya" dekat belakang

Suatu hari, Inaz yg pinjamkan bahunya mendengar tangisan b'lagu wany. Membisikkan kata semangat. Menemani malam itu. Thanks Inaz :)
Pesanan cinta khas buat penghuni Seri Teja, T.4, B.08 :
 Maafkan semua kesilapan wany dari sebelum, semasa dan sepanjang p'kenalan kita 
 Wany berikan keizinan kpd semua penghuni Seri Teja,T.4.B.08 utk gunakan kemudahan wany TANPA kebenaran. Utk kita-kita jee ;)
 Wany mohon semua berikan 'HALAL' kepada segala benda sebelum, semasa dan selepas guna, makan, minum or pakai. Well, kita kan geng, hehe :D
 Minta semua sedarkan wany disaat elemen negatif ditemui dalam diri wany
 Mohon, ingatkan waktu SOLAT utk wany :) 
Ke-6# Yana, Dayah, Inaz
Ke-7# Yana, Wany, Dayah
Sama-sama kita jaga hubungan silaturahim yg baru sementah jagung ini. Semoga, Allah S.W.T memberikan kita sedikit kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam hadapi dugaan yg datang bersama-sama. Semoga ukhwah yang kita bina ini sentiasa diberkati Allah S.W.T.
 
#Firedrill
#Salam Ramadhan dari Seri Teja, T.4, B.08
 Nothing is a waste of time if you use the experience wisely", Auguste Rodin

p/s : Sungguh, merindu pada yang tidak sudi itu memeritkan. Tabahlah wahai hati :') 

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan