Friday, 12 July 2013

Happy 1st monthsary sayangsss :)

Waalaikummusalam 

Dulu-dulu, kredit fone guna semata-mata utk mesej JEE. Tapi sekarang, laju jee jari jemari konkrit nie dail nombor fone Abah,Ummi and sis,Syaz. Wajib sembang borak kosong aku memang b'gitu 10minit setiap sorang. Rindu tahap kronik bukan? Lantak, asal puas jiwa raga rindu jimba

Dulu-dulu, ikot kepala angin wany jee. Bila rasa nak mengamuk, marah je sesape sesuka hati. Sape guna barang i, free-free je dapat amarah.  Dulu-dulu, kalau ada masalah apa semua nak citer dengan Syaz jee. Because she my only sister plus, she had,was through somethings that i can't ever imagine that i would be strong as her. Tapi,bila dah rasa berat sesangat baru laa wany citer dekat Ummi,Abah

Malangnya, parents and famili tak dibenarkan dibawak ke sini. Damn. Sedih wooo bila menangis sesorang tanpa ada Syaz yang setia bagi semangat, tak de Abang yg setia ditepi usap2 badan, tak de Baby yg tolong sapukan air mata, tak de Imim yang cakap, "Angah jangan la nangis". 

Ya Allah, rindunya aku pada mereka 

Percayalah, peracangan Allah lebih t'perinci. Dia tak pernahkan tinggalkan kita sendirian. Saat dia pisahkan kita dengan orang kita cintai, dia berikan orang utk kita belajar mencintainya. And yeah, my lovely parents digantikan dengan mereka yg b'gelar, "Roommates" *Hye roommates yg khusyuk baca*lambai-lambai tangan ala Miss Wolrd :P
Pertama# Roommates Seri Teja T.4 B.8
Dalam satu bilik, minimum dan maksimum 4 orang. Bangunan Seri Teja katanya bangunan baru. Dekat sesangat dengan ladang kelapa sawit. Dekat jugak dengan Gunung Kinabalu and Banjaran Titiwangsa. Sedap laa jugak pepetang feeling melayan belaian kalbu,hehe
Kedua# NoorHidayah Bt Ahmad Nasaruddin
Wany merasmikan bilik dulu, lepas tuu si Uda nie. Nama manja, Dayah. Katil kami b'tentang. Bila bangun, muka dia lah wany nampak dulu. Meja study pon sebelah-sebelah. Tapi. Bila dia dah start study, wany t'paksa b'manja-manja kat katil, haha. 

Mohon semua jangan t'tipu dengan muka ala-ala matured and comel dia. Dayah umpama diri wany yang dulu :) Happening, giler-giler, kecoh. Pernah imamkan solat kteorg para roommates. Dlm loker dia paling banyak makanan,serious.

Dayah, dalam cerianya, dalam gilanya, dalam bisingnya, dia pandai menyimpan segala amanah,segala rahsia,segala masalah. Dia jd tempat rujukan baik dari segi agama mahupun pelajaran

Ketiga# Tengku Asyiqin Liyana Bt Tengku Muleeadi
Dengan dia lah wany kantoi nangis hari pertama dekat KMPk,hehe. Hakikat, dia anak sulung dalam famili tapi disini, secara teknikalnya dia lah Usu dalam famili baru wany. Yana nama manjanya. Tapi boleh panggil Asyiqin jugak
Orangnya simple saja. Caring, prihatin.Sweet plus manja. Sudah jadi milik orang,haha. Selalu dengar Wany buat luahan perasan
Ouh, actually Wany dengan Yana datang dari negeri dan daerah yang sama. Kami orang "Mamang", Maka, walau kami Ganu Celop tapi selalu la kami awok-awok Ganu kecek Ganu. Tapi, sebut nama tempat kat Kerteh, Yana mesti fail. Haha

" Wany nak bangun tak? "
" Tak nak. "
" Ok "
Keempat# Noor Syafinaz Binti Hairuddin 
Dalam 3orang roommates, wany rapat dengan Inaz. Selalu mengade-ngade mengadu itu ini. Quiz pon dia jugak lah tukang bg jawapan,hehe. Dengan inaz nie segalanya mudah, cepat, pantas dan ringkas. Tak de belok-belok, kona-kona bagai

Mohon semua yg bayangkan, dia someone yg selalu buat muka Emo yg duapuluhempatjam pandang jam jee. Tapi, sila bayangkan, dia someone yang cepat beno gelabahnya yg selalu tambah "-nya" dekat belakang

Suatu hari, Inaz yg pinjamkan bahunya mendengar tangisan b'lagu wany. Membisikkan kata semangat. Menemani malam itu. Thanks Inaz :)
Pesanan cinta khas buat penghuni Seri Teja, T.4, B.08 :
 Maafkan semua kesilapan wany dari sebelum, semasa dan sepanjang p'kenalan kita 
 Wany berikan keizinan kpd semua penghuni Seri Teja,T.4.B.08 utk gunakan kemudahan wany TANPA kebenaran. Utk kita-kita jee ;)
 Wany mohon semua berikan 'HALAL' kepada segala benda sebelum, semasa dan selepas guna, makan, minum or pakai. Well, kita kan geng, hehe :D
 Minta semua sedarkan wany disaat elemen negatif ditemui dalam diri wany
 Mohon, ingatkan waktu SOLAT utk wany :) 
Ke-6# Yana, Dayah, Inaz
Ke-7# Yana, Wany, Dayah
Sama-sama kita jaga hubungan silaturahim yg baru sementah jagung ini. Semoga, Allah S.W.T memberikan kita sedikit kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam hadapi dugaan yg datang bersama-sama. Semoga ukhwah yang kita bina ini sentiasa diberkati Allah S.W.T.
 
#Firedrill
#Salam Ramadhan dari Seri Teja, T.4, B.08
 Nothing is a waste of time if you use the experience wisely", Auguste Rodin

p/s : Sungguh, merindu pada yang tidak sudi itu memeritkan. Tabahlah wahai hati :') 

Saturday, 6 July 2013

Ummmmmi,Abaaaaaaaaaaah, Angah nak balik! :'(

Waalaikummusalam 

Satu hari, pernah aku duduk sendiri di tepi jela sambil b'kata, "Ummi, Angah nak balik. Angah rindu Ummi. Angah rindu famili kita". Pernah, aku baring sendirian memeluk patung doremon hadiah ummi sambil b'kata, "Ummi, Angah nak balik. Abah, Angah nak balik"

Sungguh, aku tahu Ummi sebenarnya sakit. Sungguh, aku tahu Ummi demam sejak aku disini. Sungguh, aku tahu Ummi gagahkan diri utk b'temu dgn aku di sini almost 3 minggu lalu. Sungguh, aku tahu Ummi kuatkan hati, tabahkan jiwa, cekalkan perasaan menanggung semua ini sendirian

Aku selalu b'tanya khabar Ummi pada Abah. Pernah, satu hari aku tenang, aku call Abah. B'macam-macam kami borak sampailah,

Wn : Abah, Ummi sihat dah?
Abah : Macam tu laah
Wn : Ummi demam rindu Angah tuu, hehe
Abah : Siapa tak rindu anak dia kalau anak dok jauh *nada mengeluh
Wn : Abah tak rindu Angah? *menahan sebak
Abah : Sikit-sikit
Wn : Abah! Angah rindu giler-giler kot 
Abah : Kalau Abah rindu Angah sesangat pon,bukannya Angah boleh mai kat Abah
Wn : ........... *menitis air mata 

Bukan sekali dua aku call Ummi,Abah b'tanya khabar, melawak, merapu, merepek. Bukan sekali dua aku call Ummi,Abah. Tapi, almost everyday each of them. Setiap petang, setiap malam, setiap ada masa free, aku call Ummi,Abah

Semuanya b'mula saat Imim t'lepas kata, "Abah t'jatuh dari tempat ayak(air) yg kat bumbung tuu". Ya Allah! Laju air mata ini menitik. Kenapa? Macam mana? Bila? Saat itu, persoalan ini menjadi mainan di bibir

Syukur,Alhamdullillah. Abah tak cedara parah, sekadar cedara ringan Tapi sungguh, semua ini cukup mengejutkan aku. Malangnya, ini bukanlah sesuatu yg cukup mengemparkan pada aku. Aku masih punya satu situasi.

Seminggu aku tak sedap hati. Seminggu hati aku gundah gulana. Seminggu, hati aku rasa ada sesuatu t'jadi pada orang yg aku sayang. Tapi, aku persetankan semua tu sebab aku ingat, semua tu cuma perasaan aku. Ya Allah, cuainya aku disini 

Demi Allah, seminggu Ummi disini, berita itu hanya aku tahu kira-kira 6 petang semalam. Sungguh, semua ini aku tahu bukan melalui keluarga tapi melalui FB Ummi. Ya Allah, disaat itu, hanya Allah yang tahu b'tapa hati ini meronta-ronta nak balik Kerteh on the spot

Hati anak mana yang tak sedih, tak menangis melihat keadaan Umminya b'gini? Terbaring lesu dikatil, suara lemah. Ya Allah, ringankan beban Ummi

Aku call Ummi. Aku menangis t'sedu-sedu. Aku luahkan perasaan sedih ini. Aku katakan, "Ummi, Angah rindu Ummi. Angah nak balik. Angah tak mau dok sini dah" Ummi. Ummi hanya mampu membalas semua luahkan aku dengan tangisannya. Ya Allah, sayunya hati disaat mendengar tangisannya. Adakah ini tangisan kerinduannya? 

Wn : Angah tahu Abah mesti nangis rindu Angah kan?
Abah : Eeei, Angah tahu dari sapa?
Wn : Angah ada naluri. Tak pa, Angah rindu Abah jugak *menangis

Selalu kita dengar, hati Ibu mana yang sedih melihat anaknya sakit. Tapi sekarang, dalam situasi wany, hati anak mana yang tak sedih disaat hanya mampu melihat Umminya sakit tanpa mampu membantu.

Ummi : Angah janganlah nangis
Wn : Angah rindu Ummi 
Ummi : Ummi tahu. Angah kuatkanlah yaa

Ya Allah, kuatkanlah, tabahkanlah, cekalkan hati hamba-Mu ini :'(

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan