Friday, 12 July 2013

Happy 1st monthsary sayangsss :)

Waalaikummusalam 

Dulu-dulu, kredit fone guna semata-mata utk mesej JEE. Tapi sekarang, laju jee jari jemari konkrit nie dail nombor fone Abah,Ummi and sis,Syaz. Wajib sembang borak kosong aku memang b'gitu 10minit setiap sorang. Rindu tahap kronik bukan? Lantak, asal puas jiwa raga rindu jimba

Dulu-dulu, ikot kepala angin wany jee. Bila rasa nak mengamuk, marah je sesape sesuka hati. Sape guna barang i, free-free je dapat amarah.  Dulu-dulu, kalau ada masalah apa semua nak citer dengan Syaz jee. Because she my only sister plus, she had,was through somethings that i can't ever imagine that i would be strong as her. Tapi,bila dah rasa berat sesangat baru laa wany citer dekat Ummi,Abah

Malangnya, parents and famili tak dibenarkan dibawak ke sini. Damn. Sedih wooo bila menangis sesorang tanpa ada Syaz yang setia bagi semangat, tak de Abang yg setia ditepi usap2 badan, tak de Baby yg tolong sapukan air mata, tak de Imim yang cakap, "Angah jangan la nangis". 

Ya Allah, rindunya aku pada mereka 

Percayalah, peracangan Allah lebih t'perinci. Dia tak pernahkan tinggalkan kita sendirian. Saat dia pisahkan kita dengan orang kita cintai, dia berikan orang utk kita belajar mencintainya. And yeah, my lovely parents digantikan dengan mereka yg b'gelar, "Roommates" *Hye roommates yg khusyuk baca*lambai-lambai tangan ala Miss Wolrd :P
Pertama# Roommates Seri Teja T.4 B.8
Dalam satu bilik, minimum dan maksimum 4 orang. Bangunan Seri Teja katanya bangunan baru. Dekat sesangat dengan ladang kelapa sawit. Dekat jugak dengan Gunung Kinabalu and Banjaran Titiwangsa. Sedap laa jugak pepetang feeling melayan belaian kalbu,hehe
Kedua# NoorHidayah Bt Ahmad Nasaruddin
Wany merasmikan bilik dulu, lepas tuu si Uda nie. Nama manja, Dayah. Katil kami b'tentang. Bila bangun, muka dia lah wany nampak dulu. Meja study pon sebelah-sebelah. Tapi. Bila dia dah start study, wany t'paksa b'manja-manja kat katil, haha. 

Mohon semua jangan t'tipu dengan muka ala-ala matured and comel dia. Dayah umpama diri wany yang dulu :) Happening, giler-giler, kecoh. Pernah imamkan solat kteorg para roommates. Dlm loker dia paling banyak makanan,serious.

Dayah, dalam cerianya, dalam gilanya, dalam bisingnya, dia pandai menyimpan segala amanah,segala rahsia,segala masalah. Dia jd tempat rujukan baik dari segi agama mahupun pelajaran

Ketiga# Tengku Asyiqin Liyana Bt Tengku Muleeadi
Dengan dia lah wany kantoi nangis hari pertama dekat KMPk,hehe. Hakikat, dia anak sulung dalam famili tapi disini, secara teknikalnya dia lah Usu dalam famili baru wany. Yana nama manjanya. Tapi boleh panggil Asyiqin jugak
Orangnya simple saja. Caring, prihatin.Sweet plus manja. Sudah jadi milik orang,haha. Selalu dengar Wany buat luahan perasan
Ouh, actually Wany dengan Yana datang dari negeri dan daerah yang sama. Kami orang "Mamang", Maka, walau kami Ganu Celop tapi selalu la kami awok-awok Ganu kecek Ganu. Tapi, sebut nama tempat kat Kerteh, Yana mesti fail. Haha

" Wany nak bangun tak? "
" Tak nak. "
" Ok "
Keempat# Noor Syafinaz Binti Hairuddin 
Dalam 3orang roommates, wany rapat dengan Inaz. Selalu mengade-ngade mengadu itu ini. Quiz pon dia jugak lah tukang bg jawapan,hehe. Dengan inaz nie segalanya mudah, cepat, pantas dan ringkas. Tak de belok-belok, kona-kona bagai

Mohon semua yg bayangkan, dia someone yg selalu buat muka Emo yg duapuluhempatjam pandang jam jee. Tapi, sila bayangkan, dia someone yang cepat beno gelabahnya yg selalu tambah "-nya" dekat belakang

Suatu hari, Inaz yg pinjamkan bahunya mendengar tangisan b'lagu wany. Membisikkan kata semangat. Menemani malam itu. Thanks Inaz :)
Pesanan cinta khas buat penghuni Seri Teja, T.4, B.08 :
 Maafkan semua kesilapan wany dari sebelum, semasa dan sepanjang p'kenalan kita 
 Wany berikan keizinan kpd semua penghuni Seri Teja,T.4.B.08 utk gunakan kemudahan wany TANPA kebenaran. Utk kita-kita jee ;)
 Wany mohon semua berikan 'HALAL' kepada segala benda sebelum, semasa dan selepas guna, makan, minum or pakai. Well, kita kan geng, hehe :D
 Minta semua sedarkan wany disaat elemen negatif ditemui dalam diri wany
 Mohon, ingatkan waktu SOLAT utk wany :) 
Ke-6# Yana, Dayah, Inaz
Ke-7# Yana, Wany, Dayah
Sama-sama kita jaga hubungan silaturahim yg baru sementah jagung ini. Semoga, Allah S.W.T memberikan kita sedikit kekuatan, ketabahan dan kecekalan dalam hadapi dugaan yg datang bersama-sama. Semoga ukhwah yang kita bina ini sentiasa diberkati Allah S.W.T.
 
#Firedrill
#Salam Ramadhan dari Seri Teja, T.4, B.08
 Nothing is a waste of time if you use the experience wisely", Auguste Rodin

p/s : Sungguh, merindu pada yang tidak sudi itu memeritkan. Tabahlah wahai hati :') 

1 comment:

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan