Sunday, 1 December 2013

It's me after 16 days and i love it ;-)

Waalaikummusalam 

Lumrah menjadi pelajar, tak semua benda kita boleh buat dalam satu-satu masa. 5 hari kuliah, 2 hari cuti serasa tak cukup sebenarnya utk kejar semua benda. 2 hari ngam-ngam utk membongkang jee

Idea? Banyak. Mencurah-curah idea tapi sayang, hanya mampu draft secalit dua atas kertas yg entah terbang kemana akhirnya. Menyesal? Tidak. Cuma, serasa telah t'pesong dari niat asal utk jadi penulis diari alam maya. Pasrah?  Tidak. Pasrah tdk melambangkan kekalahan dan menyerah, hanya berhenti sejenak utk merenung segalanya. #Muhasabah diri

Hujung minggu, hari semata-mata diri sendiri. Lari dari semua tutorial. Lari dari semua lecture. Lari dari dari semua bayangan dan kenangan silam. Lari dari hiruk piruk peraturan pelajar. Lari dari segala masalah. #Lumrah pelajar


 Waktu kita jadi student laah kita nak explore tempat orang. Pergi laah", Pn Zaini Jib
#Tanjung Tualang#Suasana pagi yg damai :-]
2 hari di Air Papan,Tanjung Tualang,Perak terasa tenang jiwa, serasa tenteram gelisah hati, berasa syukur pada keindahan warga kampung, Alhamdunillah pada nikmat duniawi ini Ya Allah :-)

Sebenarnya, menumpang balik kampung schoolmate,Syara. Last pergi, 2 bulan lepas rasanya, itu pun sehari jee. Dah lama tak merasai nikmat sebenar hidup di kampung. Biasalah, makin membangun kawasan, makin tengelam warisan budaya Melayu. Alhamdulillah, disini masih t'pelihara warisannya 

Bangun pagi, belum apa-apa dah hujan. Pagi-pagi Opah buatkan sarapan nasik goreng udang digadingkan b'sama teh tarik. Sedapnyaa sampai t'kenyang perot. Dengan udang yg banyak, pergh, nikmat, Haha. Bila perot kenyang, hujan pulak, terasa segan pulak nak mandi, Hehe


#Ikan talapia masak tompoyak. #Ikan talapia goreng. #Gulai udang
Tengahari makan masakkan kampung yg original dari Opah and Atok. Kata Opah, orang pompuan kalau tak boleh masak payah. Kata Atok, sampai bila nak makan kedai. Tersedar diri, wany bukannya pandai masak sangat. Sekadar tahu masak masakkan yg favourite famili
 Kalau ringan tulang, Insyallah perut berat. Kalau berat tulang, nescaya perut ringan", Atok

#Pokok Rambutan
Sedia maklum, buah rambutan is one of my favourite local fruit. Kulitnya yang merah,kuning. Isinya yang manis dan berair. My type, mesti warna merah,manis and keras-keras sikit. Mula-mula sampai, kteorg dihidangkan dengan pokok-pokok rambutan yg sdg lebat membuah, telan air liur jee lah waktu tuu
#Dancing girl
Salah satu tanaman bunga Opah and Atok which is my favourite. Seakan gadis dengan gaun kembang depakan tangan seolah-olah sedang menari. Ditambah pulak dengan kejelasan camera 360 Xperia Miro,Haha. 
#Lovely schoolmates, Mardhiana Filza and 'Atiqah Syarafina
Misi mengutip rambutan dilancarkan. Sambil ngutip,sambil makan haruslah ambek gambar sekeping dua buat kenangan. Dah lama tak merasa nikmat b'kampung dengan kawan-kawan. Kalau lah ada Sheiffa and Iqa, its must be more fun. Tapi, tetap enjoy ngutip buah. 
Buktinya, lepas je makan malam, terus membongkang, haha 
#Morning. Nasik lemak kerang
Bangun awal semata-mata utk update bloggie yg telah lama t'sadai tanpa penulisan alam maya yg t'kini. Dalam sibuk dok tranfer gambar, edit, whatsapp, fb, Atok belikan sarapan. Nasi lemak sambal kerang. First time rasa and i love it  
Sambil sarapan tuu, rajin jugak Atok ceritakan tntg zaman sebelum kelahiran remaja generasi 20an nie. Katanya, dulu pendidikan agama disekat sebab kita dibawah jajahan. Tapi sekarang dah tak ada alasan utk tak belajar agama sebab sekarang Malaysia salah sebuah negara Islam, Alhamdulillah
Dan, katanya, zaman dulu susah. B'jalan kaki ayam utk tuntut ilmu duniawi, Radio and piring hitam, siapa ada paling top dalam kampung, Haha. Zaman dulu susah tapi banyak kenangan yang hargai tak dapat dinilaikan dengan digit yg b'ganda kosong
Muhasabah diri, negara sekarang sangat maju tapi keruntuhan akhlak seakan seiring merosak anak bangsa. Betul kata orang, kesusahan boleh mengajar erti syukur, menghargai, menjaga dan memelihara.
Kampung sangat menenangkan 
#Nur Syazwani Bt Mohd Naziar. Hantu rambutan. Gadis kampung and I love it 

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan