Friday, 5 September 2014

Undeclare partner ♥

Manusia,

Sedarkah kau sebelum kau terluka, aku terlebih dahulu terluka? Terluka dgn sikap ambek mudah dan sambil lewa kau. Kau berikan aku secebis harapan yg aku sulam jadi segunung impian yang akhirnya runtuh jadi mimpi ngeri. Aku rasa macam acah-acah disayangi dan menyayangi tapi sebenarnya takde pape

Kadang aku terfikir, mana ada hubungan persahabatan antara lain jantina sikit pon tak menimbulkan perasaan lain. Sebesar zarah sekalipun mesti ada. Mungkin b’diam diri jalan terbaik agar hubungan persahabatan itu tak terjejas. Tapi, sampai bila kau nak main tarik tali? Kau ingat seronok?

Kadang aku terfikir, kalau betul kau sayang kenapa kau tak berusaha? Mungkin bukan susu pilihan dia, kenapa kau stop berhenti tanya? Apa kata kau pujuk dgn teh Boh? Berusaha utk apa kau suka bukan menyerah mengharapkan suatu saat susu b’tukar teh Boh. Ahli sihir kah kau ni?

Kadang aku terfikir, kenapa manusia ini selalu tak tetap? Baik dari segi pendirian, matlamat, misi dan visi? Adakah kerana telah penat berusaha atau lelah menunggu kesudahan yg tdk pasti? Tidak. Aku rasa sebab manusia ini sudah temui yang baru.

Kau ada aku tapi kau carik dia, apakah kau ingat aku kawan gler spoting tak kesah kau carik hanya bila bosan? Sama, aku ada kau tapi aku carik dia, apakah aku juga buat kau rasa yang sama? Jadah betul kan kita?

Kalau betul lah selama nie kita sesame anggap diri tu kawan, kenapa memasing takut nak mengaku yg memasing sbrnya dah ada undeclared partner? Sedangkan takde masalah langsung utk kita mengaku. Kan? Ke sebab takut takde teman nk Whatsapp,Wechat and SMS bila bosan?

Aku rasa tuu je masalah kita. Takut rasa sunyi.

Mungkin, akulah yang salah selama ini. Aku manusia pengecut, takut mengorak langkah kerana takut terjatuh, takut utk bangkit dan takut utk mengorak langkah kembali. Cukuplah pengalaman lepas ketawakan kebodohan aku.


Move on lah.

Sunday, 10 August 2014

Random Talks ♥

Waalaikummusalam 

Alhamdulillah, dah seminggu dekat KMPk dlm usaha menghabiskan baki lg separuh Sem 3. Pejam celit pejam celit, dah separuh sem kaaau! Hari selasa ni dah nak masuk Dewan Seri Kinta (DSK) nak jawab Ujian Pertengahan Semester III (UPS 3). Fuuuh!

Tapi, since cuti raya campur cuti pertengahan sem cuma seminggu maka diri ni terbawak balik pulak mood raya tuu. Bila ketupat, laksa, bihunsup dan kuih raya dah b'gabung dgn mood raya maka bila nak switch on mood belajar Ya Allah, payah liat taksoh kira lah. Nak ke kuliah pon gigihkan diri jaa 

Disebabkan masih dalam mood raya, hari jumaat lepas dapat jemputan beraya dkt rumah penyelia Blok Seri Ipoh. Sape cakap dok matrik tak boleh beraya? Sape habaq dok matrik tak boleh melantak nasi empit, kuah kacang, pulut kunyit? Sape cakap kalau beraya tak boleh ke blok dak-dak laki? Haha

Golongan kekenyangan melantak pulut kunyit. Terimakasih Encik dan Puan Penyelia Blok Seri Ipoh 
Salah satu kelebihan hadik-hadik dapat KMPk ni korang dapat fheeling-fheeling model buat photoshoot dkt padang golf. Padang golf? Alaa, padang lapang blkg HEP tuu. 
Since wany dgn roommies masih pegang tittle pelajar maka b'bekalkan smartphone memasing, acah-acah model laa sekejab. Tidaklah pro mana tapi, bukan seketul dua gambaq, mau dekat enampuluh keping gambar. Buat kenangan kan, apalah salahnya?
Sheiffa Roseley, dari classmates kpd blokmates dan sekarang pulak jd roommates. Bukan senang nak pindah-pindah tittle, tapi we did it! 
Naiga Woof Club 
Pasai apa Naiga Woof Club? Sebab, wany obses dgn one of EXO song which is Wolf, Pepagi weekend, pepetang, memalam asyik dok "Geurae Wolf Naega Wolf" sampaikan roommies dok ajuk siap gaya sekali. Thats why laah we put that name. Sweet kan mereka? 
Motif? Acah-acah pacukan kaki kehadapan sambil maju menuju kejayaan yang pasti. Boleh? Haha
I just love this picture. Beautiful ladys with summer background. 
Bagi wany, beraya tetap ada makna walaupun duit raya dah makin tak dapat. Duit boleh carik tapi famili, kawan-kawan? Maka, sambutan raya sesi roommies pakej sekali dgn photoshoot. Simple tapi kenangan tuu penting. 
Well, dah penat b'gambar diri, apa kata kalau baring? 
Roommies tahun ni satu kapal!, Yeaah! Bila angkatan Pelajar Dua Tahun (PDT) dok dalam satu bilik jadi rasa semua urusan senang dan cepat settle. Tak siap assignment bak sini kau punya aku copy. Memanjang score high marks tropical quiz kimia. Sampaikan ambik quiz pon bantai satu lecture (PDT modul 1,2 gabung, modul 3 asing). Nak gosip-gosip pon senang,sekaligus jee
Jadi, selesai dua tahun Ramadhan dan Syawal dgn roommies. Alhamdulillah, bahagia dan gembira bersama mereka. Panjang umur, murah rezeki tahun depan ber-Ramadhan dan Syawal 100% dgn famili tercinta lagi tersayang sepanjang hayat,Insyaallah 
Dr Wanynaziar to-be, Insyaallah 
Abah ; Angah nak tak jadi doktor hewan ?
Wn ; Ehh abah macam tau-tau jaa angah tgh study bab hewan
Abah ; Senang sikit. Satlgi abah tinggai call angah 
Seronok utk belajar benda baru, seronak utk belajar balik benda yang dah di ajar dlm kuliah yg tak fokus hadam. Seronok kalau dapat tittle Doktor. Tapi paling seronok kalau dapat bahagiakan Ummi,Abah dgn kejayaan diri sendiri. Insyaallah 
Rasanya, takat nie jaa kot. Idea pon dah makin tengelam timbui. Tambah pulak memasing sibuk dgn study utk UPS gaya macam nak ambik PSPM. Akhir kata, Salam Lebaran dari KMPk  dan mohon sama-sama doakan kejayaan kami para pelajar PDT Sem III 
Till we meet again, Assalamualaikum 

Friday, 1 August 2014

Salam Lebaran Kosong-Kosong ♥

Waalaikummusalam 

Dari zaman budak comot berhingus sampai lah dah besar panjang memang  WAJIB raya pertama pakai baju warna sedodon. Pernah jugak cuba nak lari dari tradisi ni tapi serasa mcm pelik jee. Macam tahun nie, ajet-ajet nak rare sikit. But at end, sedondon jgk :]

And this year, our theme is PURPLE  

First of all, tak lengkap raya kalau tak #selfie! maka, I tempek-kan seketul gambar I di pagi raya yg sangat secuci lebaran ualls

#PDT KMPk Sesi ’13-‘15

Second, ini klise tapi apalah makna raya andai tdk menyambutnya b’sama keluarga tercinta? Biarpun sepupu sepapat penambah perisa, sahabat handai kenalan sekampung penyedap duit raya tapi KELUARGA adalah keutamaan saya! Yeeeah!

Maka dengan itu, Alhamdulillah, tahun ni masih b’kesempatan sambut Hari Lebaran Aidilfitri b’sama Ummi,Abah and siblings. Manalah tahu an kot-kot tahun depan sambut Lebaran dengan suami pulak?  Hek! Gatai!

Ouh, tahun nie I tak buat part time kerja macam last year since balik sini pon 3hari sebelum raya. Itu pon tahan kemutu bontot 18JAM dalam bas. Balik-balik rumah pon semua dah siap tergantung dan terhidang, tunggu masa nak raya jee. And, tahun nie sedih ahh duit raya tak mashyuk!
#Naziar and Zaini Family’s  

Third, siapalah kita tanpa Ibubapa dan siapalah wany tanpa Ummi dan Abah. Seandainya entry sebelum ni kemain excited cerita pasai beli hadiah buat Ummi,Abah tercinta, kali ni secara ringkas nak jugalah tunjuk kat sapa-sapa hat baca bloggie cheq sapa sebenaqnya Ummi,Abah wany. Kot-kot lah depa nie lah kawan hat sama-sama belajaq dulu dak pon nak buat bandingan muka cheq nie follow sapa? Haha

#My Lovely Ummi, Pn.Zaini Bt Jib

Me : Ehh cantik laah  kesang (kerosang) Ummi
Baby : Eleh nak puji diri sendiri laah tuuh

#My Lovely Abah, En.Naziar B.Hashim

Me : Abah pakai laah kain pelekat hat Angah beli tuuuh. Baru maching
Abah : Tak maau aih, busuk tak basuh lagi
Me : Yelaaah 

Suddenly,

Me : Ehhh, Abah pakai kain pelekat Angah?
Abah : Yelaah ada orang tuu buat muka kat kite tadi
Me : Yeeeah! Saaaayaaang Abah!

#Be Stongest Couple in the World, Stay Love Each Other and Keep Protect Each Other!

 Ummi,Abah. Terimakasih atas jasa kalian melahirkan, mendidik dan membesarkan Angah. Terimakasih atas nikmat cinta dan kasih sayang yg kalian curahkan tanpa kurang walau sebesar zarah sekalipun. Terimakasih atas wujud rasa Syukur dipilih menjadi permata hati kalian. Walau sejauh mana kaki ini melangkah, wajah, peringatan, nasihat dan ajaran kalian kuat terpahat didada. Even now I’m big sister but I still ur little Angah kan? Anywhere, Me love both of you Ummi,Abah!”

#Ya Allah, Peliharakan mereka buatku

#Anak-anak perantau. Dari SinTokyo and GopengHagen!

Dalam kita b’gembira menyambut Lebaran jangan dilupa pada yang telah tiada. Juga, Al-Fatihah pada mangsa-mangsa MH17, Gaza dan pada Arwah Tok Wan Jib, Tok Merah, Tok Hashim dan Pak Wa. Moga roh kalian tenang di alam sana

Akhir kata, tangan dihulur menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua andai wany dan keluarga TERnegatif pada kalian. Bak kata iklan zaman sekarang kita kira Kosong-Kosong yeeer. Moga Lebaran kali nie menjadi Lebaran paling bermakna buat kita, Amin

Sekian update dari Kerteh,Tganu. Till we meet again at Gopeng,Perak!  

PROMOTION!

Baju raya tak muat sebab badan naik? Atau mahu tampil b’lainan di rumah terbuka kenalan? Atau kecemasan baju raya terbakar?! Hilang?! Silalah FOLLOW dan MEMBELI BELAH di SYAZAA_SHOP dgn kadar yg segera sementara STOK masih ada dgn harga yg b’patutan!

Tuesday, 15 July 2014

Friendship is a never fading bond :)

Waalaikummusalam 
Ehmm,
Tahun ni masuk tahun kedua sambut first day Ramadhan jauh dari famili. Even T’ganu dgn Perak masih dlm bumbung rumah M’sia tapi perasaan  rindu, gembira, sebak dan sedih  tak dapat sahur dan iftar hari pertama dgn famili bergabung menjadi suatu perasaan yg sukar digambarkan 
Ok, kalau dulu wany penghuni Teja, tahun nie jadi penghuni Kerian pulak. Kalau dulu selak langser nampak pandangan bumi Gopeng yg hijau kali ni nampak bangunan para Ilmuwan. Rasa malas, tengok makmal sains terus naik balik semangat!
Ohh,since blok Kerian paling baru *Teja paling lama sbrnye!* maka kemudahannya lebih sikit dari Teja. Ada extra rak kasut jee pon. Ada tiga ketul kafe kt blok. Paling senang, kalau muak nasik, selak langser ngusha burger jee, blok plk siap dkt dgn segala tempat kuliah. Well, tahun ni UP sikit umur maka geng hakak-hakak PDT Sem 3 semua kongker tingkat 4 maka kemudahan utk melepak amatlah dimaanfaatkan,hehe
Dan, tahun ni masuk tahun kedua Ramadhan dgn roommies. Bukan roommies Teja,T4.B08 tapi dgn roommies Kerian T3,B31. Kalau dulu update pasai roommies Teja, kali ni nak update pasai roommies Kerian pulak. Baru adil kan?
#Lovely Kerian, T.3 B.31
Si tudung biru classmates since high school, Sheiffa, Si tudung oren rimau, Dila and Si tudung hijau rimau, Odah
Sebulan plusplus dah jadi roommates and it’s ohsem pergh to have them  for this semester. At first memasing malu-malu kucing. Even sama-sama PDT tapi since we all come from different modul so setakat kenal nama tak kenal rupa
Flashback! mula-mula masuk bilik ni ingatkan Odah dgn Dila nie junior wany tp rupanya geng PDT Modul 1. Hat tudung biru tuu sahabat terindah sepanjang abad!  So lepas nie senang laa nak study Bio dgn Sc Comp, ngusha sebelah katil jee, haha
#Nah, 6 ketul gambaq anak dara Kerian T.3, B,31
Insyaallah, ada rezeki wany akan perkenalkan semua roommies. Al maklumlah, nak mengUpdate seketul entry pon makan masa b'hari-hari baru siap. Itu pon buat draft dulu. Tapi, kalau nak kenal-kenal roommies lama, boleh klik Sini dan Sini

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

#Wajah kesayangan hamba
Bro, mungkin apa aku nak cakap ni buat kau loya ka muntah hijau ka apa ka tapi main utama aku, aku nak kau tahu apa aku rasa tentang kau. Sebab selama kita berkawan aku bukan jenis  straight to the point. Well, since I’m blogger so bloggie ni jadi medium utk aku luah. So, hasif, andai kau terbaca entry ni, aku cuma nak cakap,
“Thanks a lot for being my precious friend. Terimakasih sebab kau always layan lawak banggang abad lepas aku. Aku hargai kesudian kau pinjamkan mata dan masa kau utk baca masalah aku dan paling penting kau jadi penasihat tak berbayar aku selama kita berkawan. Dan, actually, aku rindu kau since aku rasa kelas sangat sunyi tanpa kau. Thanks bro sebab kau selalu jadi penenaman sunyi aku. Thanks a lot bro.”
Salam Ramadhan dan Nuzul Quran semua

Can you feel me when i think about you?

Waalaikummusalam
Kalau kecik-kecik dulu kemain excited kalau Ummi,Abah nak bawak shopping raya. Tak payah cakap memasing dah faham sangat dah. Since sekarang zaman belia remaja, niat dihati masih mahukan perhatian itu tapi Ummi,Abah pesan,

“ Angah kan dah besaq panjang. Kami nak jaga adik-adik jaa. Takkan laa hat tuu pon Ummi Abah nak siapkan lagi?

Kata-kata itu memberi motivasi atau lbh kepada disalah erti kepada,

“Pergi lah shopping sendiri

Maka, diri nie yang ajet-ajet besar panjang dah terlajak excited shopping tapi bukan utk diri sendiri jee sebab dah niat sebelum dapat elaun lagi nak belikan buah tangan cederahati dekat jantung hati intan permata yg kat T’ganu nuuh
Sebelum nak beli tuu, awal-awal dah plan tahun nie memang-memang-memang nak sangat-sangat-sangat belikan hadiah utk semua t’utamanya Ummi,Abah. Memandangkan wany masih dlm zaman belia remaja, bajet agak terhad tapi still nak beli. Insyaallah, tahun depan mungkin boleh lebih sikit? Hmm,mungkin


#Tadaa, hasil duajam survey!
Utk Ummi, wany belikan tudung dan brooch. Memandangkan Ummi anak jati negeri Perlis maka gabungan tudung tuu serasa sangat sesuai, hehe. Tambah sikit dgn brooch huruf N,S. Mewakili ape? Hah! Biarkan misteri,haha
Dan, utk Abah, wany belikan kain pelekat sebab Abah suka pakai kain pelekat kat rumah. Dah berusaha carik warna hijau kuning tapi tak jumpa kite T.T Tapi apa-apa pon,bila lelaki pakai kain pelekat baru nampak macho macam Abah-Abah,Haha
Pakej! Tahun nie tetibe t’buang tebiat nak bagi kad raya. Tapi nak lagi rock reka and buat sendiri. Cap jari jemari tangan WanyNaziar Sdn.Bhd weyh. Penat kumpul idea 2 hari 2 malam! Konsep I, biar simple asalkan ikhlas sesuci lebaran

#Limited Edition!
1# Cover depan – Actually dia blink-blik tapi sebab guna camera tambah cahaya si matahari maka tengelam terus
2# Cover blkg – Hah! Yang nie rare sikit. Ajet-ajet buat jenama sendiri siap bar code kauu. Bar code apa wany guna? Memandangkan utk tontonan parents, wany guna nombor IC jee, senang malas pikir jauh sgt
3# Sampul surat – Adaptasi dari kad undangan kawen jiran cuma tukaq sikit biar dia ada original sendiri. Hehe
Unnumber# Dalam – Itu kalau tak blur kan malu iiii. Itu ucapan sikit khas utk Ummi Abah since tu kad utk my lovely parents ;)

Memandangkan diri ini sangat excited nak balik raya, lepas dah siap card raya terus carik kotak masukkan semua dalam satu bekas. Pastu balut siap-siap, Insyaallah tak lupa or gopoh sibuk carik pembalut hadiah bila kat rumah
Ohh lupa, wany tahu kakak wany mesti baca maka,
 “Along, please keep it as a secret. I know Ummi,Abah tak kan baca blog kitee,hehe. Don’t worry, Insyaallah utk angpa semua pon ada cuma tak mau tunjuk satlgi tak surprice laa kan? hehe. Can you?

Walau apa yang wany berikan tak semewah dan semahal  mana memandangkan kewangan tak sekukuh zaman kerje dulu  tapi yang penting perasaan bahagia tuu yang penting. Insyaallah, tahun depan UP sikit,haha. Dah sebulan tak jumpa famili. Ummi,Abah can you feel when I think about you? Ah! Tak sabar nak bagi! Ohhmaigad!
As conclusion, Alhamdulillah, persiapan raya dah 60perseratus siap. Lagi 40perseratus  cuma tunggu diri sendiri balik T’ganu, kumpul ramai-ramai buat kuih raya dan b’jemaah gotong royong cuci rumah. Ohhmaigad! Excitednya! Tak sabar nak balik!
Insyaallah, sementara masih dalam Era Anak Dara disisi keluarga tercintalah wany beraya. Manalah tahu, kot-kot tahun depan beraya disamping suami tercinta pulak ka? 
Maiigad! mood gatai tak bertempat,haha. InsyaAllah, tahun ini masuk tahun ke-3 beraya di Kerteh,Terengganu, Yahooo,Excited!
Till then, Assalamualaikum semua 

Sunday, 23 February 2014

Suatu kisah di Kellie's Castle :-]

Assalamualaikum

Alhamdulillah, diam-diam ubi berisi dicicah dgn sambal ikan bilis, walau hampir basi malah lemau akhirnya b’peluang jugak update blog dgn aktiviti b’faedah,Haha. Update pon sebab dah seminggu t'peram dalam lappy. Anywhere, pejam celik pejam celik, b’baki lagi 2 bulan utk Semester II peringkat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Yeaah!

15 Februari 2014 – Setelah itu ini ditempuh, Alhamdulillah, hampir 2 bulan planning akhirnya b’jaya juga ahli tutoran wany laksanakan satu aktiviti b’unsur ilimiah atau pada kata sekolahnya, Lawatan sambil Belajar. Kellie’s Castle, tempat t’pilih hanya sekitar medan b’tempuran ilmu, kira-kira 10-20 minit p’jalanan naik bas *bapak skema derr

Kellie’s Castle merupakan salah satu bangunan b’sejarah yang masih gah b’diri kukuh dan b’jaya menjadi daya tarikan di negeri Perak baik pelancong dalam Malaysia mahupun luar Malaysia *dah gaya pemandu pelancong, haha

Sinopsis ; Kalau di India ada Taj Mahal sebagai bukti cinta pihak disana, di Malaysia, kita ada Kellie’s Castle yang dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith terhadap isterinya, Agnes dan anak-anaknya, Halen dan Athony.

Bila kaki dah melangkah masuk, rasa kagum sebentar. Kagum dengan hasil kerja membina istana tanpa bantuan teknologi pembinaan t’kini plus sepenuhnya and 100% hasil karya tenaga kerja manusia. Kagum! Bangunan classic tapi terasa ada keunikannya t’sendiri. Tak tahu macam mana nak gambarkan, jadi jangan buang masa, datang dan alaminya sendiri.

#Sya, Wanynaziar, Teaha
Lumrah kalau b’jalan kemana pun, b’gambar adalah p’kara wajib. Tapi amatlah disarankan utk tak b’gambar secara b’sendirian.

“ William Kellie Smith telah meninggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal dan telah dikebumikan di tanah perkuburan British. Namun, rohnya dikatakan b’legar pada waktu malam, terutamanya disepanjang koridor bagi menjaga rumah agamnya ini. ”

#Wanynaziar & Hasif

“ Tangga Berhantu ”

#Qush, AsyrafAfnan, AsyrafAzri, Alif, Hasif, Izzul

#Wanynaziar, Zana, FatinFarihah, Alya, A’a, Ecah

“ Bilik tetamu tingkat paling atas. Anak tangga membawa tetamu ke bumbung dengan gelanggang tenis yang hampir siap dan halaman besar untuk pesta yang elegan. ”

#Teaha, Hazirah, Wanynaziar, Sya

Tak tahu kenapa, terasa sangat HAVOC b’diri silang tangan kaki macam tu. Like a boss pon ada gaya. Haha. Btw, awek Pantai Timur belake neyh kecuali wany sebab wany pangkat “Awek Pantai Timur Celop”
#Alif Azmizal

Ini merupakan ruang lif bagi apa yang dahulunya bakal dijadikan lif pertama di Malaya. Malangnya, rancangan ini tidak diteruskan setelah William meninggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal pada Disember 1926. Ia dipercayai bahawa dia merancang untuk ke England selepas ke Portugal bagi mendapatkan lif

#AsyrafAfnan, Wanynaziar, Hasif

#AsyrafAzri, Izzul, AsyrafAfnan, Alif

#Senyum tak perlu kata apa-apa :-)

#Bakal Makmum :-)

#Bakal Imam ;-)

Adik –adik dibawah 18 tahun jangan tiru yaa gaya abang-abang yeer. Bahaya dan agak tidak sopan dipandang, haha. Nak buat aktiviti air, pihak kementerian KM tak bagi, gamaknya gaya titanic atas bumbung pun jalanlah

#Wany, Yana, FatinFarihah

“ Bilik tidur utama. Dindingnya dihiasi friz neo-klasikal yang halus dan elegen yang direka untuk menjadi latar belakang hasil seni. Ia juga mempunyai sebuah tangga yang membawa kepada lantai bawah dan ke luar rumah agam. ”

#AsyrafAfnan, FatinFarihah, Wanynaziar

“ Tangga Spiral ini menuju ke sebuah bilik rahsia yang merupakan tempat persembunyian bagi isteri dan anak-anak William sekiranya berlaku kecemasan. ”

# Azmina, Yana, FatinFarihah, Wanynaziar

# The girls and Faiz

Di Kellie’s Castle, kaunter informasi ada disediakan. Jadi, andai ada kemusykilan atau was-was atau nak tips mencegah lebih baik dari mengubati, bolehlah ringan mulut b’tanya. Well, malu bertanya sesat jalan. Tapi, waktu wany datang, kaunter ditutup, Haha

#Pandangan dari atas Kellie’s Castle.

#Pandangan dari sudut tepi Kellie’s Castle

Sekali lagi, rasa kagum dengan personaliti William Kellie Smith. Bina rumah agam istimewa buat isteri dan anak-anaknya. Lagi kagum bila tahu rumah agam ini ada unsur keselamatan yakni tangga dan terowong rahsia seandainya b’laku kecemasan. Nampak ciri-ciri seorang suami dan bapa yang penyanyang dan b’tanggungjawab.

Last but not least, untuk information semua, di Kellie’s Castle ada gerai cenderamata yang menjual t-shirt, barangan couple, button macam yg wany beli dan most special, ada Kartunis majalah Malaysia yg menyediakan pakej utk melukis versi kartun. So, tunggu apa lagi, moh la kite ke Kellie’s Castle, Perak

#Our CameraBoys for that day

A lots and special thank you for our boys classmates for be our cameraboy that capture every moments here. Kenalkan, dari kiri yang b’diri adalah lelaki yang sama jadi model utk gambar lif tadi, Alif Azmizal. Sebelahnya, scandal kite, AsyrafAfnan, haha. Yang duduk dari kiri Qush, our teamleader. Sebelahnya, Hasif. Hujung sekali, Izzul
  
#Suasana dalam bas

Nampak padat kan? Sebab memang padat pon. 4 buah kelas diwakili 54 orang dalam sebuah bas yg hanya ada 40 seats. Maka, kami telah sepakat utk merapatkan lagi tali ukhwah dan ikatan kasih sayang sesama classmates dgn ini semua mesti utk duduk 3 orang, 2seats *untung jadi org kecik mcm gua, haha

Untuk keterangan yg lebih lanjut, bolehlah klik [link ini] atau nak lagi puas, sila lah b’kunjung sendiri ke Kellie’s Castle Gopeng,Perak,Malaysia :-)

#Siswi T2T3(b) PDT Modul III,KMPk
Kadangkala, ada perkara yang kita mampu luahkan melalui p’cakapan dan p’buatan. Namun, kadangkala, menulis dalam diam mampu juga menceritakan segalanya. Tak pasti apakah bentuk penulisannya?

Kadangkala gembira bak raja sehari. Kadangkala muram bagai tiada lagi hari esok. Kadangkala matang kata penuh tersirat. Kadangkala dahaga pada yang tak pasti.


Sekian, Wassalam:-) 

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan