Sunday, 23 February 2014

Suatu kisah di Kellie's Castle :-]

Assalamualaikum

Alhamdulillah, diam-diam ubi berisi dicicah dgn sambal ikan bilis, walau hampir basi malah lemau akhirnya b’peluang jugak update blog dgn aktiviti b’faedah,Haha. Update pon sebab dah seminggu t'peram dalam lappy. Anywhere, pejam celik pejam celik, b’baki lagi 2 bulan utk Semester II peringkat Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Yeaah!

15 Februari 2014 – Setelah itu ini ditempuh, Alhamdulillah, hampir 2 bulan planning akhirnya b’jaya juga ahli tutoran wany laksanakan satu aktiviti b’unsur ilimiah atau pada kata sekolahnya, Lawatan sambil Belajar. Kellie’s Castle, tempat t’pilih hanya sekitar medan b’tempuran ilmu, kira-kira 10-20 minit p’jalanan naik bas *bapak skema derr

Kellie’s Castle merupakan salah satu bangunan b’sejarah yang masih gah b’diri kukuh dan b’jaya menjadi daya tarikan di negeri Perak baik pelancong dalam Malaysia mahupun luar Malaysia *dah gaya pemandu pelancong, haha

Sinopsis ; Kalau di India ada Taj Mahal sebagai bukti cinta pihak disana, di Malaysia, kita ada Kellie’s Castle yang dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith terhadap isterinya, Agnes dan anak-anaknya, Halen dan Athony.

Bila kaki dah melangkah masuk, rasa kagum sebentar. Kagum dengan hasil kerja membina istana tanpa bantuan teknologi pembinaan t’kini plus sepenuhnya and 100% hasil karya tenaga kerja manusia. Kagum! Bangunan classic tapi terasa ada keunikannya t’sendiri. Tak tahu macam mana nak gambarkan, jadi jangan buang masa, datang dan alaminya sendiri.

#Sya, Wanynaziar, Teaha
Lumrah kalau b’jalan kemana pun, b’gambar adalah p’kara wajib. Tapi amatlah disarankan utk tak b’gambar secara b’sendirian.

“ William Kellie Smith telah meninggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal dan telah dikebumikan di tanah perkuburan British. Namun, rohnya dikatakan b’legar pada waktu malam, terutamanya disepanjang koridor bagi menjaga rumah agamnya ini. ”

#Wanynaziar & Hasif

“ Tangga Berhantu ”

#Qush, AsyrafAfnan, AsyrafAzri, Alif, Hasif, Izzul

#Wanynaziar, Zana, FatinFarihah, Alya, A’a, Ecah

“ Bilik tetamu tingkat paling atas. Anak tangga membawa tetamu ke bumbung dengan gelanggang tenis yang hampir siap dan halaman besar untuk pesta yang elegan. ”

#Teaha, Hazirah, Wanynaziar, Sya

Tak tahu kenapa, terasa sangat HAVOC b’diri silang tangan kaki macam tu. Like a boss pon ada gaya. Haha. Btw, awek Pantai Timur belake neyh kecuali wany sebab wany pangkat “Awek Pantai Timur Celop”
#Alif Azmizal

Ini merupakan ruang lif bagi apa yang dahulunya bakal dijadikan lif pertama di Malaya. Malangnya, rancangan ini tidak diteruskan setelah William meninggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal pada Disember 1926. Ia dipercayai bahawa dia merancang untuk ke England selepas ke Portugal bagi mendapatkan lif

#AsyrafAfnan, Wanynaziar, Hasif

#AsyrafAzri, Izzul, AsyrafAfnan, Alif

#Senyum tak perlu kata apa-apa :-)

#Bakal Makmum :-)

#Bakal Imam ;-)

Adik –adik dibawah 18 tahun jangan tiru yaa gaya abang-abang yeer. Bahaya dan agak tidak sopan dipandang, haha. Nak buat aktiviti air, pihak kementerian KM tak bagi, gamaknya gaya titanic atas bumbung pun jalanlah

#Wany, Yana, FatinFarihah

“ Bilik tidur utama. Dindingnya dihiasi friz neo-klasikal yang halus dan elegen yang direka untuk menjadi latar belakang hasil seni. Ia juga mempunyai sebuah tangga yang membawa kepada lantai bawah dan ke luar rumah agam. ”

#AsyrafAfnan, FatinFarihah, Wanynaziar

“ Tangga Spiral ini menuju ke sebuah bilik rahsia yang merupakan tempat persembunyian bagi isteri dan anak-anak William sekiranya berlaku kecemasan. ”

# Azmina, Yana, FatinFarihah, Wanynaziar

# The girls and Faiz

Di Kellie’s Castle, kaunter informasi ada disediakan. Jadi, andai ada kemusykilan atau was-was atau nak tips mencegah lebih baik dari mengubati, bolehlah ringan mulut b’tanya. Well, malu bertanya sesat jalan. Tapi, waktu wany datang, kaunter ditutup, Haha

#Pandangan dari atas Kellie’s Castle.

#Pandangan dari sudut tepi Kellie’s Castle

Sekali lagi, rasa kagum dengan personaliti William Kellie Smith. Bina rumah agam istimewa buat isteri dan anak-anaknya. Lagi kagum bila tahu rumah agam ini ada unsur keselamatan yakni tangga dan terowong rahsia seandainya b’laku kecemasan. Nampak ciri-ciri seorang suami dan bapa yang penyanyang dan b’tanggungjawab.

Last but not least, untuk information semua, di Kellie’s Castle ada gerai cenderamata yang menjual t-shirt, barangan couple, button macam yg wany beli dan most special, ada Kartunis majalah Malaysia yg menyediakan pakej utk melukis versi kartun. So, tunggu apa lagi, moh la kite ke Kellie’s Castle, Perak

#Our CameraBoys for that day

A lots and special thank you for our boys classmates for be our cameraboy that capture every moments here. Kenalkan, dari kiri yang b’diri adalah lelaki yang sama jadi model utk gambar lif tadi, Alif Azmizal. Sebelahnya, scandal kite, AsyrafAfnan, haha. Yang duduk dari kiri Qush, our teamleader. Sebelahnya, Hasif. Hujung sekali, Izzul
  
#Suasana dalam bas

Nampak padat kan? Sebab memang padat pon. 4 buah kelas diwakili 54 orang dalam sebuah bas yg hanya ada 40 seats. Maka, kami telah sepakat utk merapatkan lagi tali ukhwah dan ikatan kasih sayang sesama classmates dgn ini semua mesti utk duduk 3 orang, 2seats *untung jadi org kecik mcm gua, haha

Untuk keterangan yg lebih lanjut, bolehlah klik [link ini] atau nak lagi puas, sila lah b’kunjung sendiri ke Kellie’s Castle Gopeng,Perak,Malaysia :-)

#Siswi T2T3(b) PDT Modul III,KMPk
Kadangkala, ada perkara yang kita mampu luahkan melalui p’cakapan dan p’buatan. Namun, kadangkala, menulis dalam diam mampu juga menceritakan segalanya. Tak pasti apakah bentuk penulisannya?

Kadangkala gembira bak raja sehari. Kadangkala muram bagai tiada lagi hari esok. Kadangkala matang kata penuh tersirat. Kadangkala dahaga pada yang tak pasti.


Sekian, Wassalam:-) 

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan