Friday, 1 August 2014

Salam Lebaran Kosong-Kosong ♥

Waalaikummusalam 

Dari zaman budak comot berhingus sampai lah dah besar panjang memang  WAJIB raya pertama pakai baju warna sedodon. Pernah jugak cuba nak lari dari tradisi ni tapi serasa mcm pelik jee. Macam tahun nie, ajet-ajet nak rare sikit. But at end, sedondon jgk :]

And this year, our theme is PURPLE  

First of all, tak lengkap raya kalau tak #selfie! maka, I tempek-kan seketul gambar I di pagi raya yg sangat secuci lebaran ualls

#PDT KMPk Sesi ’13-‘15

Second, ini klise tapi apalah makna raya andai tdk menyambutnya b’sama keluarga tercinta? Biarpun sepupu sepapat penambah perisa, sahabat handai kenalan sekampung penyedap duit raya tapi KELUARGA adalah keutamaan saya! Yeeeah!

Maka dengan itu, Alhamdulillah, tahun ni masih b’kesempatan sambut Hari Lebaran Aidilfitri b’sama Ummi,Abah and siblings. Manalah tahu an kot-kot tahun depan sambut Lebaran dengan suami pulak?  Hek! Gatai!

Ouh, tahun nie I tak buat part time kerja macam last year since balik sini pon 3hari sebelum raya. Itu pon tahan kemutu bontot 18JAM dalam bas. Balik-balik rumah pon semua dah siap tergantung dan terhidang, tunggu masa nak raya jee. And, tahun nie sedih ahh duit raya tak mashyuk!
#Naziar and Zaini Family’s  

Third, siapalah kita tanpa Ibubapa dan siapalah wany tanpa Ummi dan Abah. Seandainya entry sebelum ni kemain excited cerita pasai beli hadiah buat Ummi,Abah tercinta, kali ni secara ringkas nak jugalah tunjuk kat sapa-sapa hat baca bloggie cheq sapa sebenaqnya Ummi,Abah wany. Kot-kot lah depa nie lah kawan hat sama-sama belajaq dulu dak pon nak buat bandingan muka cheq nie follow sapa? Haha

#My Lovely Ummi, Pn.Zaini Bt Jib

Me : Ehh cantik laah  kesang (kerosang) Ummi
Baby : Eleh nak puji diri sendiri laah tuuh

#My Lovely Abah, En.Naziar B.Hashim

Me : Abah pakai laah kain pelekat hat Angah beli tuuuh. Baru maching
Abah : Tak maau aih, busuk tak basuh lagi
Me : Yelaaah 

Suddenly,

Me : Ehhh, Abah pakai kain pelekat Angah?
Abah : Yelaah ada orang tuu buat muka kat kite tadi
Me : Yeeeah! Saaaayaaang Abah!

#Be Stongest Couple in the World, Stay Love Each Other and Keep Protect Each Other!

 Ummi,Abah. Terimakasih atas jasa kalian melahirkan, mendidik dan membesarkan Angah. Terimakasih atas nikmat cinta dan kasih sayang yg kalian curahkan tanpa kurang walau sebesar zarah sekalipun. Terimakasih atas wujud rasa Syukur dipilih menjadi permata hati kalian. Walau sejauh mana kaki ini melangkah, wajah, peringatan, nasihat dan ajaran kalian kuat terpahat didada. Even now I’m big sister but I still ur little Angah kan? Anywhere, Me love both of you Ummi,Abah!”

#Ya Allah, Peliharakan mereka buatku

#Anak-anak perantau. Dari SinTokyo and GopengHagen!

Dalam kita b’gembira menyambut Lebaran jangan dilupa pada yang telah tiada. Juga, Al-Fatihah pada mangsa-mangsa MH17, Gaza dan pada Arwah Tok Wan Jib, Tok Merah, Tok Hashim dan Pak Wa. Moga roh kalian tenang di alam sana

Akhir kata, tangan dihulur menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf pada semua andai wany dan keluarga TERnegatif pada kalian. Bak kata iklan zaman sekarang kita kira Kosong-Kosong yeeer. Moga Lebaran kali nie menjadi Lebaran paling bermakna buat kita, Amin

Sekian update dari Kerteh,Tganu. Till we meet again at Gopeng,Perak!  

PROMOTION!

Baju raya tak muat sebab badan naik? Atau mahu tampil b’lainan di rumah terbuka kenalan? Atau kecemasan baju raya terbakar?! Hilang?! Silalah FOLLOW dan MEMBELI BELAH di SYAZAA_SHOP dgn kadar yg segera sementara STOK masih ada dgn harga yg b’patutan!

2 comments:

  1. <---- Dulu student KMPk now student UUM. Yeah Sintokyo! Gopen XD

    BTW, Selamat hari raya ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah, akak senior KMPk laaa. Excited kejab,haha. Selamat hari raya jugak :)

      Delete

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan