Friday, 5 September 2014

Undeclare partner ♥

Manusia,

Sedarkah kau sebelum kau terluka, aku terlebih dahulu terluka? Terluka dgn sikap ambek mudah dan sambil lewa kau. Kau berikan aku secebis harapan yg aku sulam jadi segunung impian yang akhirnya runtuh jadi mimpi ngeri. Aku rasa macam acah-acah disayangi dan menyayangi tapi sebenarnya takde pape

Kadang aku terfikir, mana ada hubungan persahabatan antara lain jantina sikit pon tak menimbulkan perasaan lain. Sebesar zarah sekalipun mesti ada. Mungkin b’diam diri jalan terbaik agar hubungan persahabatan itu tak terjejas. Tapi, sampai bila kau nak main tarik tali? Kau ingat seronok?

Kadang aku terfikir, kalau betul kau sayang kenapa kau tak berusaha? Mungkin bukan susu pilihan dia, kenapa kau stop berhenti tanya? Apa kata kau pujuk dgn teh Boh? Berusaha utk apa kau suka bukan menyerah mengharapkan suatu saat susu b’tukar teh Boh. Ahli sihir kah kau ni?

Kadang aku terfikir, kenapa manusia ini selalu tak tetap? Baik dari segi pendirian, matlamat, misi dan visi? Adakah kerana telah penat berusaha atau lelah menunggu kesudahan yg tdk pasti? Tidak. Aku rasa sebab manusia ini sudah temui yang baru.

Kau ada aku tapi kau carik dia, apakah kau ingat aku kawan gler spoting tak kesah kau carik hanya bila bosan? Sama, aku ada kau tapi aku carik dia, apakah aku juga buat kau rasa yang sama? Jadah betul kan kita?

Kalau betul lah selama nie kita sesame anggap diri tu kawan, kenapa memasing takut nak mengaku yg memasing sbrnya dah ada undeclared partner? Sedangkan takde masalah langsung utk kita mengaku. Kan? Ke sebab takut takde teman nk Whatsapp,Wechat and SMS bila bosan?

Aku rasa tuu je masalah kita. Takut rasa sunyi.

Mungkin, akulah yang salah selama ini. Aku manusia pengecut, takut mengorak langkah kerana takut terjatuh, takut utk bangkit dan takut utk mengorak langkah kembali. Cukuplah pengalaman lepas ketawakan kebodohan aku.


Move on lah.

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan