Wednesday, 23 December 2015

Question and Answer 2015 ♥

Waalaikummusalam 

Ter-rajin pulak update bloggie sejak kebelakangan ni. Faktor cuti mungkin. Ringkaskan cerita, wani kena tag dgn 2 org blogger (Qila & Maisarah). Wani gabungkan 20 Q&A utk jadi 1 post tau. Nak jimatkan masa dan ruang sbb study week is coming, wish me luck! 
 From Qila
  • Watching movies or listening to music? For sure listening to music! Nak2 kalau lagu yg kena dgn mood dan situasi semasa, pergh menikam-nikam kalbu. Kalau g tgk movie, of course and for sure i akan t'tido mcm tu jeee
  • A country you really wanna go travel to, and why. i taknak travel tp nak stay sana teruih (DASAR LUPA DARATAN!) Hahaha i'm not sure
  • Apa yang menarik about blog stuff ni yang buat you nak berblog? To be honest dulu start blogging sbb my sis, Syaz. Tp sekarang sbb nak abadikan secebis memori, segenggam kenangan, ceewaaah!
  • Top 3 most played songs on your iTunes, or phone, or mana-mana je la? AsyrafAfnan//Akhiri Penantianku, Harris J//Promise, Najwa Latif//Satu
  • Any scary experiences? cerita la sikit haha i selalu nightmare, nak cerita kena bukak file memory dulu
  • Tosai or roti canai? hahahaha Roti canai walaupun sbrnya tak makan dua2 sebab tak kena dgn selera
  • Are you good at playing music instruments? if yes, what is it? Takdak
  • Are you good at maths? just asking. Math? Hahaha!
  • Your favourite band, or solo artist. AsyrafAfnan! Wlpn dia bukan artis jauh sekali band dan suara tak lah sesedap mana (HAHAHA!)
  • To eat or to sleep? Both! Kenyang makan kita tidur. i underweight lorh
 From Maisarah
  • Sila memperkenal diri anda. Hai, saya NSBMN. Umur saya 20 tahun tp selalu ajet2 muda. Saya b'sifat lalang dlm banyak perkara! 
  • Adakah anda b'minat utk mempelajari bahasa asing? Nak cita sikit, dekat uni ada elektif bahasa asing cthnya Jepun tp i pilih utk tak ambik manasebab i tak minat,HAHAHA
  • Negara manakah yang anda ingin merantau? Soalan sama mcm Qila. I'm not sure lg. Any suggestion?
  • Apakah pengalaman yang paling menakutkan dalam hidup anda? Saya takut ular! Haritu jejalan ke TC, si AsyrafAfnan tiba2 b'diri b'depan tutup jalan so wani ke kanan. Ambik kau ular hitam panjang! Ghupernya org tgh buat p'tunjukkan haiwan
  • Adakah anda suka membaca novel? YES! 
  • Novel apa yang paling best untuk dibaca? Novel karya Siti Rosmizah
  • Laman web mana yang boleh tengok movie online? Ganool.com tapi rasanya M'sia block laman web ni, HAHAHA
  • Apakah hobi anda? To be honest i takdak hobi sbb i lalang, layankan semua jenis benda tp lately ni selalu tgk tutorial craft 
  • Cuba teka lagu "Welcome to duloc such a perfect town, here we have some rules, let us lay them down.." dalam movie apa? Hasil gigihan google, rasanya lyric lagu Shrek si hijau,HAHA
  • Apa makanan kegemaran anda dan kenapa? Laksa! Bihun Sup! Perut Lembu! Sebab ummi masak
Okay, that's all from me. Hajatnya nak tag orang tapi nota2 microbiology asyik memanggil dr tadi. Goodluck and assalamualaikum

Sunday, 20 December 2015

Asas kura-kura ♥

Waalaikummusalam
Harini tetiba terasa nak kongsi info pasal bintang peliharaan kesayangan saya. Lolz BM sangat ayat. Okay, dalam banyak binatang, ntah kenapa hati terasa nak bela kura-kura. Mungkin sbb dia rare, kecik comel. Paling penting sbb dia haiwan dua alam ; darat dn air & omnivor ; makan sayuran/ buahan dan daging
Basically, semua yang wani nak share ni adalah dibawah pengalaman dan pemerhatian wani sendiri. Tapi nak tahu lebih detail, boleh rujuk Dr.haiwan atau pakar binatang
TEMPAT TINGGAL ; 
Semua jenis bekas boleh janji selamat! Memula bela si Kei, AsyrafAfnan ltk dlm bekas aiskirm sundae tu jee. Tapi janganlah kura2 nya ada 4 ekor tp aquarium sekecik bela ikan gapi. Aish kenalah bg keselesaan pada depa jugak. Aquarium ni pelbagai variasi dan saiz, ada jenis biasa, jenis b'platform. Kalau guna aquarium biasa, letaklah batu kecik utk depa basking (b'jemur). Nak memudahkan urusan, wani suggest jenis yg b'platform sbb kura2 ni kkdg nk dkt air,kkdg nk dkt darat
AIR ;
Air terbaik adalah air yg dh dimasak tak kesah lah mineral, ro atau waterfilter. Boleh je guna air paip TAPI b'serta anti-chlorine. JANGAN GUNA AIR PAIP semata-mata sebab chlorine tinggi! Sebaiknya ganti air 2 kali sehari atau sebanyak mana korang g depa makan. Tips ; kalau kura2 nya ganjil atau tunjuk ciri2 tak sihat, asingkan kura2 (kalau bela lebih dr seekor) dan letak air suam. Kalau cuaca sejuk, boleh jugak guna air suam
MAKANAN ;
1. SANYU ; Platelet paling busuk! Seriously! HAHAHA sebab bila terendam lama (5-10 minit) air aquarium akan buuuuuuuuusuk!
2. JB ; Platelet jenis besar (kena potong dua), bau dia hanyir sikit, air aquarium akan b'bau kalau tinggal lama (berjam)
3. MULTI GROW ; ini TERBAIK!, makanan tdk b'bau but still air aquarium akan b'bau kalau biar seharian
Dekat kedai ada macam2  jenis makanan utk kura2 sebenarnya. Jenis dekat atas paling selalu ada dkt kedai. Plus, kalau nak bg sayur kobis atau buah betik pn boleh utk variasikan selera makan depa. Satu lagi, kura2 ni tak yah tunggu berjam utk dia makan kkdg ltk platelet dlm 2, 3 minit mcm tu dia akan makan dah. Lepas makan terus berak. Simple kitaran penghadaman depa
MANDI ;
Kura2 kena mandi jugak ke? Haha mestilah. Tapi bukan b'sabun, b'syampu bagai. Cukuplah sekadar berus cengkerang depa dgn aliran waterfilter/air masak. Please jangan guna air paip dan bukan guna berus sabut ya kawan2 tapi gunalah berus gigi lembut. Utk apa berus? Utk hilangkan lumut pd cengkerang. Plus, jemurlah kura2  dibawah cahaya matahari (5-10 minit)
TIDUR ; 
Ni cara wani tp pernah jumpa owner kedai yg guna cara sama. Caranya ; tidokan Yui,Yuan dlm blanket (sapu tangan biasa yg lembut). Sebabnya wani dh t'biasa tdo sesama dgn Yui,Yuan cuma kena make sure tak hempap depa dan takdak cahaya yg directly kena mata depa kalau dak depa akan b'gerak cari tempat gelap. Blanket tukar seminggu sekali. Taapi kalau nk biarkan depa dlm aquarium mcm biasa pn tak jadi hal
TRAVEL ;
Ada orang tanya, "Boleh ke bawak kura2 kalau nak travel jauh?". Sebenarnya boleh cuma tak digalakkan sangat. Tips ; Letak kain/tuala kecik dlm aquarium utk kurangkan stress/ gegaran pd kura2. Bila dah sampai destinasi, bg depa chill 5 minit mcm tu pahtu ltk air mcm biasa, bg makan
Travel plg jauh dan lama pernah wani buat utk Yui,Yuan adalah 9-10jam! si Yui, Yuan dh biasa weekend naik bas ikut wani balik rumah dr UMT. Kekadang g jejalan ke pahang or balik kg pun mesti bawak. Tapi wani cuma akan bawak depa travel kalau wani dah sure dan kenal dgn kawasan sekeliling. Kalau p fieldtrip atau kem memang tak lah nk bawak!
Conclusionnya, nak bela kura-kura ni bukan lah serumit mana tapi tak lah semudah mana. Kunci setiap perkara adalah kesabaran. Okay, esok sambung cerita lain pulak. Selamat membela kura-kura ;)
Till then, assalamualaikum 

Saturday, 14 November 2015

Ulu Tembeling ♥

Waalaikummusalam 
*sekretariat Rukun Negara (SRN)
Cerita sebulan yang lepas tapi baru sekarang ada masa nak hadap screen dan keyboard. Nama panjang dia, "Jalinan Kasih Perpaduan Bersama Masyarakat di Hulu Pahang Anjuran SRN UiTM Pahang" tapi diringkaskan jadi "Program Keluarga Angkat"
* wajah kesegaran pagi di Jeti Kuala Tahan,Jerantut, Pahang
Bila gerak dari UMT ke Pahang pukul 11 malam memang sahlah aku membongkang. Makan masa 6 jam jugak lah nak sampai ke jeti kuala tahan ni tapi dasar tido mati, eheh dah sampai pukul 4 pagi, hahaha
*sis Wani dan sis Mina
Seawal pagi keluar b'jalan sekeliling kawasan Kuala Tahan ni. Lepas tu baru tahu ada sungai. Lepas tu baru tahu jeti Kuala Tahan b'hadapan dengan Taman Negara. Ada baiknya sebelum nak ke mana-mana buat research dulu kalau tak jd macam wani
Hah, kalau yg nak datang sini ada baiknya rancang masa p'jalanan sebaik mungkin. Kalau rasa nak cari ketenangan dan hormani, i cadangkan datang lah sini. Sebab apa? Sebab line takdak! HAHAHA Homestay and hotel banyak, harga pun berpatutan
*berlatar belakang Sg Pahang & Taman Negara
B'jodoh betul dengan empat ketui makhluk ni, hahaha. Harituh samadaftar kelab Rukun Negara, kebetulan Tuan Presiden cakap, "Aku tengok korang ni excited semacam bila aku cakap nak ke pahang itu sebab aku pilih korang"
*sg Pahang dan Taman Negara
Wani takut air, serious. Air sungai, air terjun, air telaga, air pantai dan segala jenis air kecuali air shower dan air minum. Mulaaingatkan p'kampungan program tu areaadsini jee rupanya kena rentas sg Pahang. Muka pn dah cuak semacam tambah plk t'dengar ada org cakap, "kalau air pasang akan makan masa 3 jam tapi kalau air cetek ada la dalam 4 ke 5 jam"
*sismuka cover cuak semua ni
*sis tak jadi cuak sebab excited sangat!
Dalam satumasa, bot cuma mampu tampung 10 orang penumpang. Nak ke perkampungan sekitar sg pahang kena rentas 3 jenis jeram yg sekali tempuh confirm lencun! Jadi b'pakaian mengikut kesesuaian tempat. Nak tidur? Tidur lah kalau kau jenis kebal air dan khianat kawan,HAHAHA
Sepanjang sg pahang ni b'kesempatan lah dikau utk tgk bekas tapakcamping, kg orang asli dan kerbau berkubang,haha
*wajah2 lepaih 3 jam atas bot
*Kg Bantal,Hulu Tembeling, Pahang
Selamat sampai b'mula lah sesi perasmian dan pembahagian anak angkat kpd famili angkat. Meriah! Serious meriah sebab memasing mengelakkan nk b'partner dengan foreigner UIA
*saya b'jodoh dengan famili angkat cikgu! HAHAHA
Famili angkat wani famili baru jadi selesa pakai gelaran Kak Dayah dan Abg Zaki. Ada 2 org anak, Danish (darjah 5) dan Dania (darjah 1). Partner wani one of students UiTM, Pahang. Dilla namanya
Kebanyakkan aktiviti b'gantung kpd keluarga angkat memasing jadi b'bekalkan adik angkat, Dania jejalan menjelajah lah sendiri ke kawasan kg Bantal. Apa yg rare kg ni bagi wani, kawasan rumah dia pusingb'temu jua akhirnya jadi jangan risau sesat, hahaha
Malamnya membongkang awal dgn Dilla sebab sama2 demam, haha. Paginya kita b'senamrobik dengan adik2 darjah 4-6, kira aktiviti kecemerlangan utk adik2 lah. Org kg meraikan kita, kita meraikan depa balik. Adil kan? 
Next aktiviti adalah b'jalan secara rasmi dgn bantuan tour guide, ayah angkat sis Mina ke kawasan Kg Bantal. Perkara wajib haruslah jenguk famili angkat member. Kan dan cakap, pusing ke mana pun tak kan sesat sebab org kg saling kenai and superb friendly 
*sis Wani, sis Tika dan sis Sya menumpang bunga ros orang
*alumni KMPk, classmates KT2T3, team outing 
Dah habis aktiviti melawat kawasan, haruslah b'main dgn air. Kenapa wani takut dengan air? Sebab wani allergic dgn air yg b'campur. Satu lagi saya tak tau berenang! Takut air dalam! Tapi petang tu cabar diri sendiri berendam dalam sg Pahang. PUAS! 
*SEBELUM
*SEMASA
*SELEPAS
Puas mandi sungai, temankan adik2 b'sukaneka. Si tudung oren tulah adik angkat wani. Dania namanya. Satu kg kenal sebab dia banyak cakap! Si tudung hitam adik angkat sis Sya. Hawa namanya. Cantik tapi pendiam sangat, nak menyakat pun rasa b'salah, haha. Malamnya macam biasa, bongkang awal sebab demam lagi 
Pagi esoknya hari terakhir dekat Kg Bantal, ulu Tembeling. Kak Dayah pulak masakkan nasi lemak. Pergh tiptop superb sedap! Abg Zaki plk t'paksa ke bandar utk hantar kertas exam UPSR. Saaaajaa je nak buat kite sedih 
*anak2 angkat penduduk kg Bantal 
*para sis sekalian nak b'kenangan dgn David
*again, berlatar belakangkan Sg.Pahang!
*memperkenalkan Dilla dan Kak Dayah
Usai sesi majlis penutup dan makan tgahri maka beransur pulanglah para anak angkat ke ipta dan ipts memasing. Thankyou kak Dayah,abg Zaki sebab terima wani, dilla sbg anak angkat utk trip 3 hari 2 malam. Jujur memang nk datang sini lagii
*sis Tika, sis Wani, sis Mina, sis Sya
Wajah2 keriangan sebab puas trip 3 hari 2 malam tambah pulak dapat skip kelas hari ahad lepas tuu bersuka ria sakan punya,hahaha. Waktu balik baru lah b'temu kembali dgn Tuan Presiden dan abg Haqqi. Memasing balik muka sunburn

Serious, kalau ada yang nak lari dari bandar sebab stress asyik makan asap, asyik jadi antisosial sebab asyik menghadap fone cubalah mai sini. Tak rugi, menyesal jauh sekali. Confirm puas hati hati dan akan mai lagi, mai lagi dan lagi

Akhir kata kpd geng dan kekawan yg mana tegur kami makin gelap dan sunburn tuu, terima kasih laa sebab angpa sedarkan kami penah ada di ambang cerah dulu, HAHAHA
Okay bebetul punya, dah separuh sem 1 berjaya saya tempoh jd utk menjayakan lg separuh izinkan saya sambung buat assignment, haha 

Till we meet again,

Friday, 9 October 2015

30 Syawal ♥

Waalaikummusalam 

Kalau pembuka 1 syawal wajib dgn famili kali ni penutup 30 Syawal dengan AsyrafAfnan dan Hasif. Sapa depa? Alaa depa ni macam manusia yang agak penting lah dlm life matrik wani. Hah depa pernah terselit sekali dulu-dulu dlm Suatu Kisah di Kellies Castle. Lepas tu memasing senyap sebab lancar perang dingin. Mungkin. Haha

Bila dah habis perang dingin baru pelangi boleh muncul dgn riangria di hari raya. Harini wani nk sembang pasai "Pengembaran 3 Sahabat", haha. Bukan seminggu dua plan trip Perak-Terengganu ni tapi ada lah dalam satu sem atau dua sem. Plannya wani yg jadi driver dan tourguide tapi wani TAKDAK LESEN KETA maka t'paksa lah turun pangkat kepada tourguide jee

*Hah ambek kau sampai duo perenggan pendahuluan aku karang*

 13 Ogos 2015
Lepas empat bulan baru dapat jumpa AsyrafAfnan. Lepas setahun empat bulan baru dpt jumpa Hasif. Maigad giler rindu dkt dua ketui manusia ni! Hari pertama sampai dah bawak mai pantai
So, one of best place dekat area Kemaman adalah Pantai Kemasek. Pantai ni pulak ada dua, satu pantai boleh mandi satu lg pantai yg boleh acah-acah diri ini model. Seriously pantai sangat-sangat cantik!
 14 Ogos 2015 ;
Trip harini Kerteh-Kuala Terengganu (KT). Antara destinasi tujuan adalah Pasar Payang, Masjid Kristal, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam (TTI) dan Pantai Batu Buruk
Okay sikit info ; Pasar Payang bukak half day hari jumaat dan takde sembahyang jumaat di Masjid Kristal
Kalau teringin nak rasa makan kepok lekor pepanaih sambil melihat langit dihiasi layang-layang boleh lah datang ke Pantai Batu Buruk. Betul-betul belakang hospital besar. Boleh main layang-layang dan lepaskan segala masalah terbang bersama angin. Cewah ayat berbunga, haha
Kenyang perut riang main layang-layang kita b’sejarah sebentar di Muzium Negeri. Muzium Negeri ni one way ke TTI tau. Ada baiknya kalau nak habis-habisan explore muzium ni datanglah pagi. Macam kteorg harituh sampai lewat, adalah dalam sejam kot sblm muzium tutup Tiket masuk RM5 utk dewasa pakej dgn poskad. Kira jimat dan b'guna sebab tiket murah and poskad boleh tulis memori lps tu hadiahkan dkt org
Utk yg datang hari jumaat atau sabtu ke TTI akan di charge mahai sikit compared to hari biasa. So harga utk seorang dewasa adalah RM21.20. Actually dia ada macam2 pakej jd kalau nk tahu sila ke link (Taman Tamadun Islam

Nak pesan, sebelum masuk TTI make sure perut dah kenyang and standby mineral water atau kudapan. Seriously waktu ni kau akan rasa bertapa pentingnya sebotol air mineral
TIPS : Kalau datang petang, sediakan lah topi atau payung seketul dua kang jd macam kami. Kecut mata nk bergambar, haha
15 Ogos 2015
Second day trip Kerteh-Kuantan. I’m not very familiar with Pahang. Jalan bandar dia pusing-pusing sampai pening kepala sebab tuu kerje tido je dalam keta, haha
Daya tarikan pelancongan yang wani tahu cuma beberapa ketul shopping mall, pantai Teluk Cempedak (TC), Taman Gelora dan Gambang Water Park. Last wani mai Taman Gelora ni waktu darjah-darjah mungkin, haha. Dulu dulu lah TG agak tak terurus tapi sekarang dh ada pihak urus gamaknya

Kalau datang Tganu, wajib dan mesti serta haruslah beli kepok gete (keropok lekor). Ada baiknya beli kepok yg dah siap vacuum which is sangat kedap udara (boleh tahan at least 3 hari) ataupun kepok keping jenis ikan tamban dan dan kain batik atau sutera (gunakan dielet timur utk dpt discount) 

Okay actually banyak sebenarnya tempat-tempat menarik dekat Terengganu dgn Pahang ni cuma kena rajin explore, google dan tanya orang. Takde lah korang kematian kekutuan dkt negeri-negeri pantai timur ni
Last but not least, i just wanna say thankyou gais sebab datang Tganu even memasing sebenarnya patut sibuk prepare utk masuk U. Thankyou Ummi,Abah and family. Thankyou kak Ika sebab jadi co-driver harituh. Next trip mungkin boleh buat Terengganu-Perak pulak? Haha
And, thankyou Luna for coming. I miss you and i love you 
Moral of this tripDon’t leave your tour guide even though she just sleeps on the back seat

Weekend lepas wani dgn kekawan ada join program “Jalinan Kasih Perpaduan Bersama Masyarakat di Hulu Pahang Anjuran SRN UiTM Pahang” maka Insyaallah wani ada bahan utk update next entry *itu pun kalau ada yg masih singgah blog ni, haha*

Till we meet again, bubye 

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan