Friday, 9 October 2015

30 Syawal ♥

Waalaikummusalam 

Kalau pembuka 1 syawal wajib dgn famili kali ni penutup 30 Syawal dengan AsyrafAfnan dan Hasif. Sapa depa? Alaa depa ni macam manusia yang agak penting lah dlm life matrik wani. Hah depa pernah terselit sekali dulu-dulu dlm Suatu Kisah di Kellies Castle. Lepas tu memasing senyap sebab lancar perang dingin. Mungkin. Haha

Bila dah habis perang dingin baru pelangi boleh muncul dgn riangria di hari raya. Harini wani nk sembang pasai "Pengembaran 3 Sahabat", haha. Bukan seminggu dua plan trip Perak-Terengganu ni tapi ada lah dalam satu sem atau dua sem. Plannya wani yg jadi driver dan tourguide tapi wani TAKDAK LESEN KETA maka t'paksa lah turun pangkat kepada tourguide jee

*Hah ambek kau sampai duo perenggan pendahuluan aku karang*

 13 Ogos 2015
Lepas empat bulan baru dapat jumpa AsyrafAfnan. Lepas setahun empat bulan baru dpt jumpa Hasif. Maigad giler rindu dkt dua ketui manusia ni! Hari pertama sampai dah bawak mai pantai
So, one of best place dekat area Kemaman adalah Pantai Kemasek. Pantai ni pulak ada dua, satu pantai boleh mandi satu lg pantai yg boleh acah-acah diri ini model. Seriously pantai sangat-sangat cantik!
 14 Ogos 2015 ;
Trip harini Kerteh-Kuala Terengganu (KT). Antara destinasi tujuan adalah Pasar Payang, Masjid Kristal, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam (TTI) dan Pantai Batu Buruk
Okay sikit info ; Pasar Payang bukak half day hari jumaat dan takde sembahyang jumaat di Masjid Kristal
Kalau teringin nak rasa makan kepok lekor pepanaih sambil melihat langit dihiasi layang-layang boleh lah datang ke Pantai Batu Buruk. Betul-betul belakang hospital besar. Boleh main layang-layang dan lepaskan segala masalah terbang bersama angin. Cewah ayat berbunga, haha
Kenyang perut riang main layang-layang kita b’sejarah sebentar di Muzium Negeri. Muzium Negeri ni one way ke TTI tau. Ada baiknya kalau nak habis-habisan explore muzium ni datanglah pagi. Macam kteorg harituh sampai lewat, adalah dalam sejam kot sblm muzium tutup Tiket masuk RM5 utk dewasa pakej dgn poskad. Kira jimat dan b'guna sebab tiket murah and poskad boleh tulis memori lps tu hadiahkan dkt org
Utk yg datang hari jumaat atau sabtu ke TTI akan di charge mahai sikit compared to hari biasa. So harga utk seorang dewasa adalah RM21.20. Actually dia ada macam2 pakej jd kalau nk tahu sila ke link (Taman Tamadun Islam

Nak pesan, sebelum masuk TTI make sure perut dah kenyang and standby mineral water atau kudapan. Seriously waktu ni kau akan rasa bertapa pentingnya sebotol air mineral
TIPS : Kalau datang petang, sediakan lah topi atau payung seketul dua kang jd macam kami. Kecut mata nk bergambar, haha
15 Ogos 2015
Second day trip Kerteh-Kuantan. I’m not very familiar with Pahang. Jalan bandar dia pusing-pusing sampai pening kepala sebab tuu kerje tido je dalam keta, haha
Daya tarikan pelancongan yang wani tahu cuma beberapa ketul shopping mall, pantai Teluk Cempedak (TC), Taman Gelora dan Gambang Water Park. Last wani mai Taman Gelora ni waktu darjah-darjah mungkin, haha. Dulu dulu lah TG agak tak terurus tapi sekarang dh ada pihak urus gamaknya

Kalau datang Tganu, wajib dan mesti serta haruslah beli kepok gete (keropok lekor). Ada baiknya beli kepok yg dah siap vacuum which is sangat kedap udara (boleh tahan at least 3 hari) ataupun kepok keping jenis ikan tamban dan dan kain batik atau sutera (gunakan dielet timur utk dpt discount) 

Okay actually banyak sebenarnya tempat-tempat menarik dekat Terengganu dgn Pahang ni cuma kena rajin explore, google dan tanya orang. Takde lah korang kematian kekutuan dkt negeri-negeri pantai timur ni
Last but not least, i just wanna say thankyou gais sebab datang Tganu even memasing sebenarnya patut sibuk prepare utk masuk U. Thankyou Ummi,Abah and family. Thankyou kak Ika sebab jadi co-driver harituh. Next trip mungkin boleh buat Terengganu-Perak pulak? Haha
And, thankyou Luna for coming. I miss you and i love you 
Moral of this tripDon’t leave your tour guide even though she just sleeps on the back seat

Weekend lepas wani dgn kekawan ada join program “Jalinan Kasih Perpaduan Bersama Masyarakat di Hulu Pahang Anjuran SRN UiTM Pahang” maka Insyaallah wani ada bahan utk update next entry *itu pun kalau ada yg masih singgah blog ni, haha*

Till we meet again, bubye 

1 Syawal ♥

Waalaikummusalam 
Baru taip dua tiga ayat baca balik terus backspace lelaju. Petanda kemarau kekeringan idea. Kejung terus jari jemari depan keyboard ni  Percayalah, saya seorang gadis yg sangat pemalas. Buktinya, org lain pusu-pusu update pasal raya aidilfitri lah, cuti sem lah, cuti aidiladha lah tapi wani masih mereputkan diri


Tak ku sangka sudah empat bulan rupa-rupanya wani sepi dalam arena penulisan alam maya, HAHAHA. So apa khabar? Sihat? Ada manusia lg ke yg dtg singgah blog ni? Hah sebenarnya laptop lama yg dahaga air telah selamat minum air maka hal ini sedikit sebanyak menjejaskan repotasi wani sebagai penulis alam maya. Mood typing atas keyboard jatuh merundum!

Okay bla-bla-bla
Harini wani nak sembang menggunakan teknik flashback pasal 1 Syawal yg lepas *Ya Allah sekarang baru kau nk sembang?* Saya tetap dengan keputusan saya utk meneruskan penulisan ini kerana saya nak tunjuk gambar raya saya Haha. Tak lah. Sebenarnya nk moment indah dgn family sentiasa segar dlm ingatan so if something happen to me (mintak dijauhkan) at least i leave something for my famili, my friend and myself :)

Again, Aidilfitri di Terengganu bersama keluarga tercinta. Rancangnya tahun ni beraya dkt Kedah tapi 2 hari sebelum ramadan menyinggah tok pergi buat selama-lamanya (Al-Fatihah) dan tahun pertama tanpa Papa. I miss both of you 
Syurga Duniawiku, my Abah and my Ummi 
My only and one older sistar! Hye Along
Oh my Abang Demok Debob who now already slim-slim. Tolong lah gemok balik aku nak main perot boroi ang laaah
Adik bongsu perempuan. Sangat-sangat jarang sebenarnya i b’gambar dgn dia even memasing kuat selfie,haha. Segan mungkin.  Naah muuuah ciket
My mucuk-mucuk Imim. Dulu kecik cenonet sekarang dah nk sama tinggi dgn angah. Alaahai cepatnyaa adik angah membesar *lap guna hujung baju*
Katanya, tema raya emerald green tapi t'pilih kain wane turquoise. Tapi takpelah asalkan tersama dgn pujaan hatiku si Sepet Hahaha

Alhamdulillah, ramadhan kali ni wani berjaya buat biskut raya sendiri! I’m not kind of girl yg suka masak-masak duk dapur uli adunan kuih biskut acah-acah comot bertepung. I’m type of girl yg selalu di suruh “Belikan tepung high protein 2, choc rice, gula castor, gula ising and bla-bla-bla”. Best friend siap suruh buatkan lg utk buat bekal ke UiTM. Hahaha. Sangat bangga dgn diri sendiri *usap bahu sendiri*
Okay sepanjang Syawal, wani idok lah beraya dengan famili kandung jee. Wani ada famili baru which is famili R To Z Bakery Suppliers. Jangan difikir 4 bulan menyepi ni dok mereput jee. Dgn kudrat yg tidak seberapa berkerje lah saya utk kepuasan diri sendiri, alhamdulillah berbaloi dan setimpal dgn usaha ku 
Penutup bicara, wani dah pun masuk zaman degree dkt Universiti Malaysia Terengganu (UMT) *pompompom* Dan usai sebulan 2 minggu berhempas pulas baru fully hadam jadual sendiri 
Alhamdulillah and Thank You Allah for this great opportunity. I’ll do my best of best to make my parent and myself proud of me, InsyaAllah

Sekian kisah 1 Syawal dari Nur Syazwani Binti Mohd Naziar 

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan