Friday, 9 October 2015

1 Syawal ♥

Waalaikummusalam 
Baru taip dua tiga ayat baca balik terus backspace lelaju. Petanda kemarau kekeringan idea. Kejung terus jari jemari depan keyboard ni  Percayalah, saya seorang gadis yg sangat pemalas. Buktinya, org lain pusu-pusu update pasal raya aidilfitri lah, cuti sem lah, cuti aidiladha lah tapi wani masih mereputkan diri


Tak ku sangka sudah empat bulan rupa-rupanya wani sepi dalam arena penulisan alam maya, HAHAHA. So apa khabar? Sihat? Ada manusia lg ke yg dtg singgah blog ni? Hah sebenarnya laptop lama yg dahaga air telah selamat minum air maka hal ini sedikit sebanyak menjejaskan repotasi wani sebagai penulis alam maya. Mood typing atas keyboard jatuh merundum!

Okay bla-bla-bla
Harini wani nak sembang menggunakan teknik flashback pasal 1 Syawal yg lepas *Ya Allah sekarang baru kau nk sembang?* Saya tetap dengan keputusan saya utk meneruskan penulisan ini kerana saya nak tunjuk gambar raya saya Haha. Tak lah. Sebenarnya nk moment indah dgn family sentiasa segar dlm ingatan so if something happen to me (mintak dijauhkan) at least i leave something for my famili, my friend and myself :)

Again, Aidilfitri di Terengganu bersama keluarga tercinta. Rancangnya tahun ni beraya dkt Kedah tapi 2 hari sebelum ramadan menyinggah tok pergi buat selama-lamanya (Al-Fatihah) dan tahun pertama tanpa Papa. I miss both of you 
Syurga Duniawiku, my Abah and my Ummi 
My only and one older sistar! Hye Along
Oh my Abang Demok Debob who now already slim-slim. Tolong lah gemok balik aku nak main perot boroi ang laaah
Adik bongsu perempuan. Sangat-sangat jarang sebenarnya i b’gambar dgn dia even memasing kuat selfie,haha. Segan mungkin.  Naah muuuah ciket
My mucuk-mucuk Imim. Dulu kecik cenonet sekarang dah nk sama tinggi dgn angah. Alaahai cepatnyaa adik angah membesar *lap guna hujung baju*
Katanya, tema raya emerald green tapi t'pilih kain wane turquoise. Tapi takpelah asalkan tersama dgn pujaan hatiku si Sepet Hahaha

Alhamdulillah, ramadhan kali ni wani berjaya buat biskut raya sendiri! I’m not kind of girl yg suka masak-masak duk dapur uli adunan kuih biskut acah-acah comot bertepung. I’m type of girl yg selalu di suruh “Belikan tepung high protein 2, choc rice, gula castor, gula ising and bla-bla-bla”. Best friend siap suruh buatkan lg utk buat bekal ke UiTM. Hahaha. Sangat bangga dgn diri sendiri *usap bahu sendiri*
Okay sepanjang Syawal, wani idok lah beraya dengan famili kandung jee. Wani ada famili baru which is famili R To Z Bakery Suppliers. Jangan difikir 4 bulan menyepi ni dok mereput jee. Dgn kudrat yg tidak seberapa berkerje lah saya utk kepuasan diri sendiri, alhamdulillah berbaloi dan setimpal dgn usaha ku 
Penutup bicara, wani dah pun masuk zaman degree dkt Universiti Malaysia Terengganu (UMT) *pompompom* Dan usai sebulan 2 minggu berhempas pulas baru fully hadam jadual sendiri 
Alhamdulillah and Thank You Allah for this great opportunity. I’ll do my best of best to make my parent and myself proud of me, InsyaAllah

Sekian kisah 1 Syawal dari Nur Syazwani Binti Mohd Naziar 

2 comments:

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan