Saturday, 14 November 2015

Ulu Tembeling ♥

Waalaikummusalam 
*sekretariat Rukun Negara (SRN)
Cerita sebulan yang lepas tapi baru sekarang ada masa nak hadap screen dan keyboard. Nama panjang dia, "Jalinan Kasih Perpaduan Bersama Masyarakat di Hulu Pahang Anjuran SRN UiTM Pahang" tapi diringkaskan jadi "Program Keluarga Angkat"
* wajah kesegaran pagi di Jeti Kuala Tahan,Jerantut, Pahang
Bila gerak dari UMT ke Pahang pukul 11 malam memang sahlah aku membongkang. Makan masa 6 jam jugak lah nak sampai ke jeti kuala tahan ni tapi dasar tido mati, eheh dah sampai pukul 4 pagi, hahaha
*sis Wani dan sis Mina
Seawal pagi keluar b'jalan sekeliling kawasan Kuala Tahan ni. Lepas tu baru tahu ada sungai. Lepas tu baru tahu jeti Kuala Tahan b'hadapan dengan Taman Negara. Ada baiknya sebelum nak ke mana-mana buat research dulu kalau tak jd macam wani
Hah, kalau yg nak datang sini ada baiknya rancang masa p'jalanan sebaik mungkin. Kalau rasa nak cari ketenangan dan hormani, i cadangkan datang lah sini. Sebab apa? Sebab line takdak! HAHAHA Homestay and hotel banyak, harga pun berpatutan
*berlatar belakang Sg Pahang & Taman Negara
B'jodoh betul dengan empat ketui makhluk ni, hahaha. Harituh samadaftar kelab Rukun Negara, kebetulan Tuan Presiden cakap, "Aku tengok korang ni excited semacam bila aku cakap nak ke pahang itu sebab aku pilih korang"
*sg Pahang dan Taman Negara
Wani takut air, serious. Air sungai, air terjun, air telaga, air pantai dan segala jenis air kecuali air shower dan air minum. Mulaaingatkan p'kampungan program tu areaadsini jee rupanya kena rentas sg Pahang. Muka pn dah cuak semacam tambah plk t'dengar ada org cakap, "kalau air pasang akan makan masa 3 jam tapi kalau air cetek ada la dalam 4 ke 5 jam"
*sismuka cover cuak semua ni
*sis tak jadi cuak sebab excited sangat!
Dalam satumasa, bot cuma mampu tampung 10 orang penumpang. Nak ke perkampungan sekitar sg pahang kena rentas 3 jenis jeram yg sekali tempuh confirm lencun! Jadi b'pakaian mengikut kesesuaian tempat. Nak tidur? Tidur lah kalau kau jenis kebal air dan khianat kawan,HAHAHA
Sepanjang sg pahang ni b'kesempatan lah dikau utk tgk bekas tapakcamping, kg orang asli dan kerbau berkubang,haha
*wajah2 lepaih 3 jam atas bot
*Kg Bantal,Hulu Tembeling, Pahang
Selamat sampai b'mula lah sesi perasmian dan pembahagian anak angkat kpd famili angkat. Meriah! Serious meriah sebab memasing mengelakkan nk b'partner dengan foreigner UIA
*saya b'jodoh dengan famili angkat cikgu! HAHAHA
Famili angkat wani famili baru jadi selesa pakai gelaran Kak Dayah dan Abg Zaki. Ada 2 org anak, Danish (darjah 5) dan Dania (darjah 1). Partner wani one of students UiTM, Pahang. Dilla namanya
Kebanyakkan aktiviti b'gantung kpd keluarga angkat memasing jadi b'bekalkan adik angkat, Dania jejalan menjelajah lah sendiri ke kawasan kg Bantal. Apa yg rare kg ni bagi wani, kawasan rumah dia pusingb'temu jua akhirnya jadi jangan risau sesat, hahaha
Malamnya membongkang awal dgn Dilla sebab sama2 demam, haha. Paginya kita b'senamrobik dengan adik2 darjah 4-6, kira aktiviti kecemerlangan utk adik2 lah. Org kg meraikan kita, kita meraikan depa balik. Adil kan? 
Next aktiviti adalah b'jalan secara rasmi dgn bantuan tour guide, ayah angkat sis Mina ke kawasan Kg Bantal. Perkara wajib haruslah jenguk famili angkat member. Kan dan cakap, pusing ke mana pun tak kan sesat sebab org kg saling kenai and superb friendly 
*sis Wani, sis Tika dan sis Sya menumpang bunga ros orang
*alumni KMPk, classmates KT2T3, team outing 
Dah habis aktiviti melawat kawasan, haruslah b'main dgn air. Kenapa wani takut dengan air? Sebab wani allergic dgn air yg b'campur. Satu lagi saya tak tau berenang! Takut air dalam! Tapi petang tu cabar diri sendiri berendam dalam sg Pahang. PUAS! 
*SEBELUM
*SEMASA
*SELEPAS
Puas mandi sungai, temankan adik2 b'sukaneka. Si tudung oren tulah adik angkat wani. Dania namanya. Satu kg kenal sebab dia banyak cakap! Si tudung hitam adik angkat sis Sya. Hawa namanya. Cantik tapi pendiam sangat, nak menyakat pun rasa b'salah, haha. Malamnya macam biasa, bongkang awal sebab demam lagi 
Pagi esoknya hari terakhir dekat Kg Bantal, ulu Tembeling. Kak Dayah pulak masakkan nasi lemak. Pergh tiptop superb sedap! Abg Zaki plk t'paksa ke bandar utk hantar kertas exam UPSR. Saaaajaa je nak buat kite sedih 
*anak2 angkat penduduk kg Bantal 
*para sis sekalian nak b'kenangan dgn David
*again, berlatar belakangkan Sg.Pahang!
*memperkenalkan Dilla dan Kak Dayah
Usai sesi majlis penutup dan makan tgahri maka beransur pulanglah para anak angkat ke ipta dan ipts memasing. Thankyou kak Dayah,abg Zaki sebab terima wani, dilla sbg anak angkat utk trip 3 hari 2 malam. Jujur memang nk datang sini lagii
*sis Tika, sis Wani, sis Mina, sis Sya
Wajah2 keriangan sebab puas trip 3 hari 2 malam tambah pulak dapat skip kelas hari ahad lepas tuu bersuka ria sakan punya,hahaha. Waktu balik baru lah b'temu kembali dgn Tuan Presiden dan abg Haqqi. Memasing balik muka sunburn

Serious, kalau ada yang nak lari dari bandar sebab stress asyik makan asap, asyik jadi antisosial sebab asyik menghadap fone cubalah mai sini. Tak rugi, menyesal jauh sekali. Confirm puas hati hati dan akan mai lagi, mai lagi dan lagi

Akhir kata kpd geng dan kekawan yg mana tegur kami makin gelap dan sunburn tuu, terima kasih laa sebab angpa sedarkan kami penah ada di ambang cerah dulu, HAHAHA
Okay bebetul punya, dah separuh sem 1 berjaya saya tempoh jd utk menjayakan lg separuh izinkan saya sambung buat assignment, haha 

Till we meet again,

Rainbow Lucky Charms
 
All Right Reserved To WanyNaziar.Edited By NabilaMedan